Posts

Showing posts with the label Media Permata

INDERA SC KEMBALI LAKAR KEMENANGAN

Image
Pasukan Indera SC kembali mencatat kemenangan bagi saingan Liga Super DST selepas menewaskan Pasukan Lun Bawang 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah kelmarin. Pasukan Lun Bawang berada di depan pada minit ke-8 menerusi Christopher Ambun tetapi terpaksa akur apabila Naziruddin bin Haji Ismail menyamakan kedudukan pada minit ke-28. Mohd Aminuddin Zakwan bin Mohamed Tahir sekali lagi mengulangi aksi terbaiknya selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77 perlawanan. Sementara itu, dalam perlawanan lain di Kompleks Sukan Berakas, Najib Bakes mencatat kemenangan pertama pada musim ini selepas mengalahkan Setia Perdana dengan keputusan 2-1. Najib berada di depan menerusi jaringan Mohd Faisal Ahad pada minit ke-22 tetapi Setia Perdana menyamakan kedudukan enam minit kemudian menerusi Muhd Rusydi Said Abdullah. Tetapi Najib tidak berputus asa apabila Abang Hazim bin Abang Hadzman menjaringkan gol kemenan...

INDERA SC JUARA PIALA SUMBANGSIH

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Hasrat Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) untuk menjulang Piala Sumbangsih Brunei DST 2018 setelah berjaya mengekalkan piala berkenaan sebanyak tiga kali berturut-turut punah dalam perlawanan menentang Pasukan Indera SC malam ini yang berlangsung di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Pasukan Indera SC menewaskan Pasukan MS ABDB dengan jaringan 2-1 selepas permainan terpaksa diheret ke masa tambahan setelah keputusan 1-1 sejurus tamat 90 minit perlawanan. Jaringan Pasukan Indera SC telah dijaringkan pada minit ke-39 oleh Muhamed Zulkhairy bin Razali yang menyarung jersi nombor 16. Sementara itu jaringan tunggal Pasukan MS ABDB pula dijaringkan pada minit ke-81, manakala Amirul Hakeem bin Haji Kasim menjadi penyelamat Pasukan Indera SC apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-107 dalam masa tambahan separuh masa kedua perlawanan. Jaringan pada separuh masa kedua di ...

INDERA SC JUARA PIALA FA DST

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April – Pasukan Indera SC buat pertama kalinya melakarkan sejarah setelah memenangi Piala FA DST selepas jaringan Awang Mohd Zulkhairy Razali dan Awang Mohd Asri Haji Aspar untuk memberikan kemenangan 2-0 ke atas Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) dalam perlawanan akhir yang diadakan di Kompleks Sukan Berakas, kelmarin. Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan beraksi mantap untuk merebut gelaran juara dalam kejohanan itu, namun pada minit ke-37, Awang Mohd Zulkhairy Razali berjaya menjaringkan gol bagi Pasukan Indera SC. Persaingan semakin rancak pada babak akhir separuh masa pertama apabila percubaan daripada Awang Mohd Asri tersasar dan Pasukan MS PDB masih berpeluang untuk memberikan persaingan pada separuh masa kedua. Walau bagaimanapun, Indera SC berjaya menggandakan kedudukan apabila Awang Mohd Asri berjaya melepasi perangkap ofsaid MS PDB dan terus membawa bola sebelum membuat jaringan ke gawang. Juara Piala FA...

INDERA SC BUKTIKAN KEMAMPUAN

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac – Indera SC (ISC) menjadi pasukan pertama melangkah ke pusingan akhir Piala FA Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam – DST tahun 2017 apabila jaringan Mohd Aminuddin Zakwan Mohd Tahir membawa pasukan itu ke peringkat akhir sekali gus membenam harapan Pasukan Kasuka FC untuk menjulang kejuaraan musim ini di Kompleks Sukan Berakas tempoh hari. Ketika dihubungi mengenai kejayaan Indera SC, timbalan presiden merangkap pengurus Pasukan ISC, Rosdin Haji Abdul Aziz melahirkan rasa bersyukur kerana ISC telah berjaya sebagai pasukan pertama yang layak memasuki peringkat akhir, meskipun laluan ISC agak mudah tetapi hakikatnya tidak kerana pasukan yang dihadapinya memberikan tentangan hebat. Menurutnya, ISC pernah memasuki peringkat akhir Piala FA sebanyak dua kali namun tidak pernah menjuarainya apabila kedua-dua perlawanan tersebut tewas di tangan Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB). “Saya merasakan Pasukan ...

INDERA SC MARA KE SUKU AKHIR

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Kemenangan 4 – 1 Indera SC ke atas Pasukan IKLS di Kompleks Sukan Berakas baru-baru ini melengkapkan senarai pasukan yang melangkah peringkat suku akhir Piala FA Brunei DST 2017. Pada perlawanan berkenaan menyaksikan empat jaringan Indera SC disempurnakan oleh Mohd Zulkhairy, Awang Nazirruddin dan Mohd Asri manakala jaringan tunggal IKLS FC oleh Mohd Razi. Sementara itu, baru-baru ini Pasukan Kasuka FC menarik nafas lega apabila menjadi pasukan pertama melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Pasukan Wijaya FC dengan jaringan 4-3. Sehubungan dengan kejayaan itu, Pengurus Pasukan Kasuka FC, Haji Adee Suharde Bin Haji Muhidin ketika dihubungi menyatakan rasa syukur kerana Kasuka FC mencapai matlamat untuk menang daripada satu perlawanan ke satu perlawanan dan menegaskan pasukan itu akan berusaha dan membuat yang terbaik untuk memenangi perlawanan seterusnya untuk mara ke perlawanan akhir. Menurutnya setelah berjaya m...

INDERA SC BENAM TABUAN MUDA A

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Indera SC telah berjaya merapatkan lagi jurang mata setelah menang menentang pasukan Tabuan Muda A tempoh hari dan kini, pasukan itu berada di tempat ketiga Liga Super Brunei DST 2017 di belakang pasukan Kota Rangers FC yang kini berada di tempat kedua liga dengan perbezaan tiga mata.    Perlawanan di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu menyaksikan Awang Mohd Zulkhairy Razali merebut peluang seawal minit pertama itu dengan jaringan gol pertamanya, sebelum jaringan kedua disempurnakan oleh rakan sepasukannya Awang Mohd Asri Haji Aspar pada minit ke-30 perlawanan.    Awang Mohd Zulkhairy Razali sekali lagi menggegarkan gawang pasukan Tabuan Muda A pada minit ke-48 menjadikan kedudukan 3-0 kepada Indera SC dan sekali gus memastikan tiga mata penuh dihadiahkan kepada pasukannya itu.    Namun begitu, pengadil perlawanan terpaksa berhentikan perlawanan pada minit ke...

INDERA SC KUKUHKAN KEDUDUKAN DI LIGA SUPER DST

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Indera SC mengukuhkan kedudukannya di tempat ketiga Liga Super DST 2017 selepas berjaya menundukkan MS PDB dengan jaringan 2-0 malam ini. Tambahan tiga mata yang diraihnya itu menjadikan jumlah mata terkumpulnya kini 36 mata daripada 16 perlawanan, sekaligus terus memberikan tekanan kepada dua pasukan di atasnya, MS ABDB dan Kota Ranger FC. Indera SC kini hanya enam mata di belakang pasukan di tempat kedua, Kota Ranger FC (42 mata daripada 17 perlawanan), dan 13 mata mengekori MS ABDB (49 mata daripada 19 perlawanan) yang kini hanya memiliki baki satu perlawanan lagi, berbanding Indera SC yang masih ada baki empat perlawanan. Perlawanan yang berlangsung di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu Indera SC mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Mohd Shafie bin Haji Mohd Effendy pada minit ke-25. Mohd Asri bin Haji Aspar yang baru dimasukkan pada pertengahan babak kedua pula menambah jaringan buat Ind...

JURULATIH : INDERA SASAR TIGA TERBAIK

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Ketua Jurulatih Indera SC, Darus Tanjung belum menutup harapan pasukannya untuk cuba memintas pendahulu Liga Super DST Brunei Darussalam 2017, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), namun tetap berpuas hati jika menamatkan musim di tiga tangga teratas. Indera SC kini dipisahkan 13 mata di belakang pendahulu MS ABDB, yang setakat ini mengumpul 43 mata daripada 17 perlawanan. Sementara Kota Rangers pula di kedudukan kedua, kurang satu mata dengan MS ABDB. Pasukan di tangga keempat, Wijaya FC pula menjadi saingan sengit buat Indera SC kerana mereka berkongsi 30 mata, namun hanya dibezakan dengan jaringan. Mengulas mengenai perlawanan menentang pasukan Kota Rangers FC hujung minggu lalu, Darus Tanjung mengakui perlawanan itu tidak mudah dan bersyukur dengan satu mata yang diraih itu. “Kami mengakui kesukaran yang diberikan oleh Kota Rangers, yang beroleh dua jaringan melalui dua peluang meskipun kami berhempas-pulas di sep...

SHAFIE WIRA INDERA BENAM KASUKA

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Nov – Indera SC menarik nafas lega apabila berjaya mencuri satu jaringan untuk memastikan tiga mata penuh ketika menentang Kasuka FC dalam perlawanan Liga Super Brunei DST di Balapan dan Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Jaringan Mohd Shafie Haji Mohd Effendy pada minit ke-30 babak pertama memberikan tekanan kepada Kasuka FC dan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan. Beliau sekali lagi nyaris menjaringkan gol pada minit ke-36 apabila mendapat umpanan daripada rakan sepasukannya, namun cubaan lencongannya hanya melepasi sudut atas palang gol Kasuka, kedudukan kekal 1-0 sehingga rehat separuh masa.. Pada babak kedua, Kasuka tampak lebih tajam apabila mengatur serangan demi serangan ke kubu Indera, namun pujian perlu diberikan kepada barisan pemain Indera SC kerana tenang mengawal perlawanan. Babak kedua kekal tanpa jaringan dan kemenangan menjadi milik Indera SC. Mohd Shafie (kiri) menjadi wira p...

ISC JUARA FUTSAL JUBLI EMAS 2017

Image
Pasukan ISC muncul juara Piala Futsal Jubli Emas Brunei 2017 (GJBFC2017) Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. Pasukan ISC berjaya menumpaskan Pasukan Arbisyam B di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dengan jaringan 4-1. Terlebih dahulu di peringkat kedua, ISC menewaskan Pasukan MBS United FC sebelum mengalahkan Al-Rawda dan di separuh akhir menumpaskan Brunei 88 A FT untuk mara ke perlawanan akhir.Sementara itu dalam laluan menuju ke perlawanan akhir, Arbisyam B menumpaskan Pasukan GG FT sebelum mengalahkan Al-Rawda FT dan kemudian menumpaskan Pasukan Red Butterfly. Hadir selaku tetamu kehormat dan sekali gus menyampaikan hadiah kepada barisan pemenang ialah Pengurus Kanan Bahagian Pengurusan Fasiliti, Haji Awang @ Muslim Mohd Yussof. Tetamu kehormat ketika menyampaikan Piala Rebutan GJBFC2017 kepada wakil Pasukan ISC. Juara Piala Jubl...

INDERA SC TEWASKAN LUN BAWANG 3 - 1

Image
Indera SC berjaya menewaskan Lun Bawang 3 - 1 pada Liga Super Brunei DST 2017 yang berlangsung di Padang dan Belapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

INDERA SC BENAM SETIA PERDANA, MARA SUKU AKHIR

Image
Indera SC muncul pasukan pertama mara ke suku akhir Piala FA DST 2015 selepas menewaskan Setia Perdana 5-1 Tutong, 12 Nov - Dengan kejuaraan Liga Super DST 2015 sudah terlepas daripada genggamannya, direbut oleh MS ABDB yang merupakan juara bertahan Piala FA DST, maka fokus Indera SC kini adalah untuk menidakkan kejuaraan berganda kepada MS ABDB sekali gus merebut Piala FA DST daripadanya. Perlawanan di Kompleks Sukan Tutong (KST) itu terbukti berat sebelah apabila Indera SC sudah jauh di depan dengan jaringan 5-0 ketika separuh masa pertama baru berlangsung 39 minit, dengan penyerang berbisanya, Hamizan Aziz bin Sulaiman mencatat hatrik. Mohd Zulkhairy bin Razali membawa Indera SC di depan seawal minit ke-10 sebelum Hamizan Aziz membuka tirai jaringan peribadinya pada minit ke-18 untuk gol kedua Indera SC. Tujuh minit kemudian kedudukan bertambah selesa buat Indera SC apabila giliran Mohd Asri bin Haji Aspar pula mencatat namanya dalam senarai penjaring untuk ...

INDERA FC RAMPAS KEDUDUKAN KEDUA LIGA SUPER DST 2015

Image
Muhd Nur Ikwan (berdiri 3 dari kiri) yang meledakkan jaringan kemenangan Indera SC bergambar ramai bersama pasukanya. BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Indera SC merampas kembali kedudukan kedua Liga Super DST 2015 selepas melakukan apa yang lazim dilakukannya musim lalu bagi merangkul kejuaraan dua tahun berturut-turut iaitu menjaringkan banyak gol pada separuh masa kedua selepas ketinggalan pada separuh masa pertama. Kali ini Indera SC bangkit dari ketingglan 1-3 dengan menjaringkan tiga gol pada akhir separuh masa kedua untuk menang 4-3 sekali gus meraih tiga mata berharga untuknya terus mengekori lima mata di belakang MS ABDB dan satu mata di depan Najip i-Team yang menduduki tangga ketiga. Pada perlawanan di Kompleks Sukan Berakas malam tadi berkenaan, IKLS mendahului 1-0 menerusi jaringan Awangku Mohd Abdul Halim bin Pengiran Haji Hassan pada minit ke-20. Keadaan menjadi semakin tegang buat Indera SC apabila Muhamad Hafiy bin Danan menggandakan pendahuluan IKL...

LUN BAWANG TAMBAH DERITA INDERA SC

Image
Penjaga gol Lun Bawang menepis sepakan Sam Prank dari Indera SC (kuning) dalam aksi Liga Super kelmarin. BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Indera SC keciciran mata lagi selepas dikejutkan oleh juara Liga Perdana DST musim lalu, Lun Bawang, yang kini menghuni tangga kesembilan Liga Super DST dengan jaringan 2-0. Jaringan pertama Lun Bawang hadir pada separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Zaimi bin Awat pada minit ke-35, manakala gol keduanya tercipta pada minit ke-83 yang dijaringkan oleh Petrus bin Jumat. Satu gol pada setiap separuh masa pada perlawanan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah kelmarin berjaya membantu Lun Bawang menamatkan pusingan pertama Liga Super DST dengan tujuh mata, hanya dua mata di belakang IKLS FC dan satu mata di belakang MS PDB, yang masing-masing menghuni tangga ketujuh dan kelapan liga. Kekalahan kedua daripada sembilan perlawanan itu menghambat harapan Indera SC untuk mencatat kejuaraan Liga Super tiga kali berturut-turut, selep...

INDERA SC MENANG 4-0

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Indera SC menang 4-0 di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) manakala Tabuan Muda mengikat Wijaya FC 0-0 di Kompleks Sukan Tutong dalam aksi serentak Liga Super DST 2015 malam kelmarin. Kemenangan Indera SC itu membolehkannya merampas puncak Liga Super DST 2015 dari Najip I-Team. Walaupun mengumpul mata yang sama, 18, Indera SC memiliki +23 perbezaan gol berbanding hanya +2 bagi Najip I-Team. Salah satu rembatan bahaya Indera SC (kuning) dalam kemenangan 4-0 ke atas Jerudong FC kelmarin. Kejayaan mengekalkan rekod sempurna enam kemenangan daripada enam perlawanannya setakat ini memerlukan kerja keras dan persembahan lebih mantap babak kedua, sebagaimana dilakukannya pada musim-musim yang sudah dalam laluannya merangkul kejuaraan. Jerudong FC berjaya mengekang Indera SC daripada menjaringkan gol pada babak pertama tetapi tiada apa yang dapat mereka lakukan pada babak kedua apabila serangan bertali ...

INDERA SC RAMPAS TAKTHA LIGA SUPER

Image
Indera SC (hitam) ketika beraksi menentang MS PDB dalam aksi Liga Super DST semalam . BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Indera SC merampas kembali persada Liga Super DST 2015 dari Najip I-Team yang menghuninya sementara apabila keluar sebagai pemenang 3-2 dalam perlawanan sengit dengan MS PDB malam tadi. Najip I-Team berada di puncak Liga Super hanya 24 jam selepas menang 2-1 ke atas IKLS 23 Mei lalu. Pada aksi di Stadium Negara Hassanal Bolkiah malam tadi, Indera mendahului 2-1 pada separuh masa pertama menerusi dua jaringan ketua pasukannya, Hamizan Aziz (minit kelapan dan 43) dengan gol tunggal Jasriman Johari (minit ke-28) untuk MS PDB hadir di antara kedua-dua gol Hamizan berkenaan. MS PDB kembali setara dengan Indera apabila Zulhamzi Haji Awang meledakkan jaringan hanya enam minit selepas separuh masa kedua bermula untuk mengikat kedudukan pada 2-2. Kane Ryan yang baru dimasukkan pada pertengahan babak kedua memberikan Indera kelebihan di sayap kanan dengan k...

INDERA BELASAH, HAPUS KEBAL NAJIP

Image
Persaingan yang sepatutnya sengit berkesudahan Indera SC (hitam) membelasah Najip I-Team 7-0 BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Indera SC bukan sekadar memberikan Najip I-Team kekalahan pertamanya dari lima perlawanan pertamanya dalam Liga Super DST 2015 tetapi turut membelasahnya 7-0, sekali gus merampas takhta liga tatkala masih memiliki satu perlawanan dalam tangan berbanding pesaingnya itu. Perlawanan di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) yang dinanti-nantikan oleh para peminat bolasepak tempatan berkenaan sehingga dilabel sebagai perlawanan penentuan juara Liga Super DST 2015 itu jelas jauh daripada jangkaan sekali gus menghampakan para penyokong Najip I-Team. Kedua-dua pasukan hadir tanpa kalah namun status itu nampak sudah menghilang dari Najip I-Team setelah Indera SC berjaya membolosi gawangnya sebanyak lima kali pada separuh masa pertama selain berjaya mengekang Najip I-Team dari menjaringkan gol. Gol pertama Indera SC hadir p...

INDERA BELASAH KILANAS

Image
Indera SC membelasah Kilanas FC 8-1 untuk mendaki ke tangga ketiga Liga Super DST TUTONG, 14 Mei – Juara bertahan, Indera SC terus membuktikan kehebatannya dalam Liga Super DST musim ini apabila membelasah Kilanas FC 8-1. Hanya 3-0 pada separuh masa pertama tetapi lima gol tambahan pada separuh masa kedua menjadikan perlawanan di Kompleks Sukan Tutong itu benar-benar berat sebelah, mujur saja Kilanas FC mendapat gol saguhatinya pada minit ke-72 hasil jaringan Muhd Syafiq bin Haji Muhd Hisham. Gol pembuka tirai Indera SC dijaringkan oleh Mohammad ‘Afi bin Aminuddin pada minit ke-7 disusuli gol kedua empat minit kemudian oleh Sam Prank dan kemudiannya Mohammad Asri bin Haji Aspar pada minit ke-25 untuk menjadikan kedudukan 3-0. Jaringan keempat Indera hadir selepas 10 minit separuh masa kedua bermula yang disumbangkan oleh Sam Prank untuk gol kedua peribadinya malam itu. Awangku Md Azrul Ariffin bin Pengiran Haji Matali menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-70, du...

INDERA JUARA PIALA SUMBANGSIH DST

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Indera SC berada pada landasan yang tepat untuk memastikan pokok pisangnya akan berbuah tiga kali iaitu catatan hatrik menjuarai Liga Super DST apabila melucutkan MS ABDB dari gelaran “Juara” Piala Sumbangsih DST yang dimenanginya musim lalu setelah menewaskan pemenang Piala FA DST dua musim berturut-turut itu dengan jaringan 2-0 malam tadi. Juara Liga Super DST dua musim berturut-turut berkenaan buat pertama kalinya menjulang Piala Sumbangsih DST setelah kempunan musim lalu (2014) akibat tewas 1-2 kepada pasukan yang sama, MS ABDB. Perlawanan pembuka tirai Liga Super DST 2015 dan Liga Perdana DST 2015 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah berkenaan dimuktamadkan dengan dua gol pantas Indera SC pada lapan minit pertama separuh masa kedua. Pada ketika babak pertama berakhir tanpa jaringan, Indera SC memasukkan Awangku Mohamad Haikal Pengiran Zaidi dan mengeluarkan Muhd Nur Ikwan Othman yang cedera untuk memperkuat barisan tengahnya dan perubahan ...

INDERA SC KEHILANGAN 6 PEMAIN UTAMA, TEMPUHI JALAN SUKAR

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Berdepan dengan isu kehilangan enam pemain kesebelasan utama yang diambil untuk memakai jersi pasukan di bawah Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) pada kejohanan Piala FA tidak lama lagi, pengurusan Pasukan Indera Bola Sepak FC yang sudah ‘patah kaki’ akan berdepan pula kegetiran merampas gelaran Juara Piala Sumbangsih 2015 daripada musuh tradisi, Pasukan MS ABDB buat kali kedua. Indera SC yang dua kali berturut-turut membawa pulang Piala Liga DST pada musim lalu dan 2013, bakal menempuh jalan sukar bukan hanya untuk merampas kejuaraan Piala Sumbangsih 2015 yang diidamkan daripada juara musim lalu, pasukan MS ABDB, malah bimbang gelaran yang dimiliki mereka selama dua tahun itu akan turut hilang. Ketidaktentuan yang melanda kelab bola sepak itu telah disuarakan Pengurus Pasukan, Awang Rosdin bin Haji Abdul Aziz ketika ditemui pada majlis penandatanganan persetujuan bersama di antara NFABD dan syarikat pembekal telekomunikasi ...