JURULATIH : INDERA SASAR TIGA TERBAIK

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Ketua Jurulatih Indera SC, Darus Tanjung belum menutup harapan pasukannya untuk cuba memintas pendahulu Liga Super DST Brunei Darussalam 2017, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), namun tetap berpuas hati jika menamatkan musim di tiga tangga teratas.

Indera SC kini dipisahkan 13 mata di belakang pendahulu MS ABDB, yang setakat ini mengumpul 43 mata daripada 17 perlawanan. Sementara Kota Rangers pula di kedudukan kedua, kurang satu mata dengan MS ABDB.

Pasukan di tangga keempat, Wijaya FC pula menjadi saingan sengit buat Indera SC kerana mereka berkongsi 30 mata, namun hanya dibezakan dengan jaringan.

Mengulas mengenai perlawanan menentang pasukan Kota Rangers FC hujung minggu lalu, Darus Tanjung mengakui perlawanan itu tidak mudah dan bersyukur dengan satu mata yang diraih itu.

“Kami mengakui kesukaran yang diberikan oleh Kota Rangers, yang beroleh dua jaringan melalui dua peluang meskipun kami berhempas-pulas di sepanjang babak pertama perlawanan,” ujarnya kepada Media Permata baru-baru ini.

“Kami sememangnya tidak mengharapkan tempat pertama, namun jika rezeki pasti kami akan terus berusaha. Sasaran adalah di tiga tangga teratas, yang hampir pasti, namun para pemain perlu fokus dan tidak mengalah sehingga selesainya liga super musim ini,” ujarnya lagi.

Dengan kempen musim ini berbaki enam perlawanan, peluang untuk sekurang-kurangnya menamatkan di kedudukan tiga teratas adalah cerah.

Pada hari Jumaat ini, Majlis Sukan Polis Diraja Brunei menentang Najip I-Team di Kompleks Sukan Berakas, mankala Indera SC berhadapan Tabuan A di Balapan dan Padang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL