Posts

Showing posts from September, 2017

INDERA SC BERPESTA GOL

Image
Pasukan Indera SC berpesta gol ke atas pasukan Najip I-Team 6 - 0 sambil mengutip tiga mata penuh pada Perlawanan Liga Super Brunei DST 2017 yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong, di sini.

Md. Shafie bin Haji Mohd. Effendy beraksi cemerlang setelah menjaringkan gol 'hat-trick' bagi pasukan Indera SC sebelum Hamizan Aziz bin Sulaiman, Md. Asri bin Haji Aspar dan Md. Aimmil Rahman bin Ramlee masing-masing menyumbangkan sebiji gol ke gawang lawan.

Babak pertama perlawanan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun pasukan Indera SC lebih bijak mengatur serangan setelah Md. Shafie berjaya membuka jaringan pada minit ke-30.

Penyerang Indera SC, Md. Shafie meneruskan lagi momentumnya pada malam tersebut dengan berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-45.

Separuh masa kedua menyaksikan pasukan Indera SC terus menguasai perlawanan dengan serangan balas pantas yang akhirnya membuahkan hasil apabila Hamizan Aziz menjaringkan gol sulungnya melalui gerakan bijak…