Posts

Showing posts from November, 2017

JURULATIH : INDERA SASAR TIGA TERBAIK

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Ketua Jurulatih Indera SC, Darus Tanjung belum menutup harapan pasukannya untuk cuba memintas pendahulu Liga Super DST Brunei Darussalam 2017, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), namun tetap berpuas hati jika menamatkan musim di tiga tangga teratas. Indera SC kini dipisahkan 13 mata di belakang pendahulu MS ABDB, yang setakat ini mengumpul 43 mata daripada 17 perlawanan. Sementara Kota Rangers pula di kedudukan kedua, kurang satu mata dengan MS ABDB. Pasukan di tangga keempat, Wijaya FC pula menjadi saingan sengit buat Indera SC kerana mereka berkongsi 30 mata, namun hanya dibezakan dengan jaringan. Mengulas mengenai perlawanan menentang pasukan Kota Rangers FC hujung minggu lalu, Darus Tanjung mengakui perlawanan itu tidak mudah dan bersyukur dengan satu mata yang diraih itu. “Kami mengakui kesukaran yang diberikan oleh Kota Rangers, yang beroleh dua jaringan melalui dua peluang meskipun kami berhempas-pulas di sep

SHAFIE WIRA INDERA BENAM KASUKA

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Nov – Indera SC menarik nafas lega apabila berjaya mencuri satu jaringan untuk memastikan tiga mata penuh ketika menentang Kasuka FC dalam perlawanan Liga Super Brunei DST di Balapan dan Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Jaringan Mohd Shafie Haji Mohd Effendy pada minit ke-30 babak pertama memberikan tekanan kepada Kasuka FC dan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan. Beliau sekali lagi nyaris menjaringkan gol pada minit ke-36 apabila mendapat umpanan daripada rakan sepasukannya, namun cubaan lencongannya hanya melepasi sudut atas palang gol Kasuka, kedudukan kekal 1-0 sehingga rehat separuh masa.. Pada babak kedua, Kasuka tampak lebih tajam apabila mengatur serangan demi serangan ke kubu Indera, namun pujian perlu diberikan kepada barisan pemain Indera SC kerana tenang mengawal perlawanan. Babak kedua kekal tanpa jaringan dan kemenangan menjadi milik Indera SC. Mohd Shafie (kiri) menjadi wira p