Posts

Showing posts from December, 2017

INDERA CLOSE GAP FOR 2ND PLACE

Image
Indera SC closed the gap for second place in the DST Super League to six points with a game in hand after defeating MS PDB 2-0 at the Balapan Track and Field of the Hassanal Bolkiah National Sports Complex on Friday night. Indera, two-time league winners, have never slipped outside the top two since the inception of the DST Super League five years ago but their position came under serious threat following Kota Ranger’s emergence. The win took them on 36 points though Kota Ranger, who have a mathematical possibility of winning the title, are in well positioned to finish at a minimum in second place. Indera’s 11th victory of the season also ended MS PDB’s slim hopes of finishing in the top five with a win required for the latter to stay in contention with their rivals. Md Shafie bin Haji Mohd Effendy struck for Indera in the 25th minute before Md Asri bin Haji Aspar completed the scoring in the 73rd minute. Indera SC in a group photo. – NFABD

INDERA SC KUKUHKAN KEDUDUKAN DI LIGA SUPER DST

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Indera SC mengukuhkan kedudukannya di tempat ketiga Liga Super DST 2017 selepas berjaya menundukkan MS PDB dengan jaringan 2-0 malam ini. Tambahan tiga mata yang diraihnya itu menjadikan jumlah mata terkumpulnya kini 36 mata daripada 16 perlawanan, sekaligus terus memberikan tekanan kepada dua pasukan di atasnya, MS ABDB dan Kota Ranger FC. Indera SC kini hanya enam mata di belakang pasukan di tempat kedua, Kota Ranger FC (42 mata daripada 17 perlawanan), dan 13 mata mengekori MS ABDB (49 mata daripada 19 perlawanan) yang kini hanya memiliki baki satu perlawanan lagi, berbanding Indera SC yang masih ada baki empat perlawanan. Perlawanan yang berlangsung di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu Indera SC mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Mohd Shafie bin Haji Mohd Effendy pada minit ke-25. Mohd Asri bin Haji Aspar yang baru dimasukkan pada pertengahan babak kedua pula menambah jaringan buat Ind

INDERA SC BELASAH JERUDONG FC 7 - 0

Image
  Pasukan gergasi, Indera SC berpesta gol apabila membelasah pasukan Jerudong FC 7 - 0 pada Perlawanan Liga Super Brunei DST 2017 yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong, di sini. Md. Shafie bin Haji Mohd. Effendy beraksi cemerlang kerana menjaringkan dua gol sebelum Md. Nur Ikmal bin Damit, Md. Zulkhairy bin Razali, Nazirruddin bin Haji Ismal, Md. Aimmil Rahman bin Ramlee dan Amirul Hakeem bin Haji Kassim masing-masing menjaringkan satu gol. Perlawanan bermula dengan pasukan Indera SC mengawal ketat permainan dengan baik dan mengejutkan lawan dengan jaringan pertama seawal minit ke-8 menerusi Md. Nur Ikmal. Pasukan Indera SC terus lagi menguasai perlawanan apabila Md. Zulkhairy berjaya menggandakan jaringan bagi pasukan Indera SC selang lima minit kemudian. Gandaan jaringan tersebut membuatkan pasukan Indera SC bermain dengan lebih selesa dan meneruskan momentumnya pada malam tersebut setelah Nazirruddin menjaringkan gol ketiga pada malam tersebut pada mini