INDERA SC BELASAH JERUDONG FC 7 - 0

 
Pasukan gergasi, Indera SC berpesta gol apabila membelasah pasukan Jerudong FC 7 - 0 pada Perlawanan Liga Super Brunei DST 2017 yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong, di sini.

Md. Shafie bin Haji Mohd. Effendy beraksi cemerlang kerana menjaringkan dua gol sebelum Md. Nur Ikmal bin Damit, Md. Zulkhairy bin Razali, Nazirruddin bin Haji Ismal, Md. Aimmil Rahman bin Ramlee dan Amirul Hakeem bin Haji Kassim masing-masing menjaringkan satu gol.

Perlawanan bermula dengan pasukan Indera SC mengawal ketat permainan dengan baik dan mengejutkan lawan dengan jaringan pertama seawal minit ke-8 menerusi Md. Nur Ikmal.

Pasukan Indera SC terus lagi menguasai perlawanan apabila Md. Zulkhairy berjaya menggandakan jaringan bagi pasukan Indera SC selang lima minit kemudian.

Gandaan jaringan tersebut membuatkan pasukan Indera SC bermain dengan lebih selesa dan meneruskan momentumnya pada malam tersebut setelah Nazirruddin menjaringkan gol ketiga pada malam tersebut pada minit ke-28.

Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan Jerudong FC hanya mampu berputih mata setelah pasukan Indera SC terus lagi menjaringkan empat biji gol untuk menjadikan kedudukan 7 - 0.

Gol keempat dan kelima dijaringkan oleh Md. Shafie yang melakukan gerakan bijak untuk membolosi gawang lawan pada minit ke-58 dan 75, manakala jaringan keenam dan ketujuh pula masing-masing dijaringkan oleh Md. Aimmil Rahman dan Amirul Hakeem pada minit ke-80 dan 86.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL