Posts

Showing posts from March, 2018

INDERA FIRST TEAM THROUGH TO DST FA CUP FINAL

Image
Indera SC will make an appearance in the final of the DST FA Cup since 2015 after edging Kasuka FC 1-0 in the last four at the Berakas Sports Complex recently. Indera’s winger Aminuddin Zakwan Tahir’s solitary strike in the eighth minute was enough to send the two-time cup finalists through. Aminuddin joined the Super League giants after ending his spell at DPMM FC and the club have also been bolstered by the return of Hazwan Hamzah. Indera SC manager Rosdin Abdul Aziz expressed gratitude after sealing their place in the final. “We are grateful after ISC succeeded in becoming the first team to progress to the final. Even though on paper the route looks quite easy, the truth is it is not,” said Rosdin in an interview with the media. “As with the format of the DST FA Cup which is knockout, Indera treat all matches whom it has gone through as a cup final, so it is certainly not an easy route,” he added. He said that IKLS, Jerudong and Kasuka whom they played in thei

INDERA SC BUKTIKAN KEMAMPUAN

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac – Indera SC (ISC) menjadi pasukan pertama melangkah ke pusingan akhir Piala FA Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam – DST tahun 2017 apabila jaringan Mohd Aminuddin Zakwan Mohd Tahir membawa pasukan itu ke peringkat akhir sekali gus membenam harapan Pasukan Kasuka FC untuk menjulang kejuaraan musim ini di Kompleks Sukan Berakas tempoh hari. Ketika dihubungi mengenai kejayaan Indera SC, timbalan presiden merangkap pengurus Pasukan ISC, Rosdin Haji Abdul Aziz melahirkan rasa bersyukur kerana ISC telah berjaya sebagai pasukan pertama yang layak memasuki peringkat akhir, meskipun laluan ISC agak mudah tetapi hakikatnya tidak kerana pasukan yang dihadapinya memberikan tentangan hebat. Menurutnya, ISC pernah memasuki peringkat akhir Piala FA sebanyak dua kali namun tidak pernah menjuarainya apabila kedua-dua perlawanan tersebut tewas di tangan Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB). “Saya merasakan Pasukan

INDERA SC MARA KE SUKU AKHIR

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Kemenangan 4 – 1 Indera SC ke atas Pasukan IKLS di Kompleks Sukan Berakas baru-baru ini melengkapkan senarai pasukan yang melangkah peringkat suku akhir Piala FA Brunei DST 2017. Pada perlawanan berkenaan menyaksikan empat jaringan Indera SC disempurnakan oleh Mohd Zulkhairy, Awang Nazirruddin dan Mohd Asri manakala jaringan tunggal IKLS FC oleh Mohd Razi. Sementara itu, baru-baru ini Pasukan Kasuka FC menarik nafas lega apabila menjadi pasukan pertama melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Pasukan Wijaya FC dengan jaringan 4-3. Sehubungan dengan kejayaan itu, Pengurus Pasukan Kasuka FC, Haji Adee Suharde Bin Haji Muhidin ketika dihubungi menyatakan rasa syukur kerana Kasuka FC mencapai matlamat untuk menang daripada satu perlawanan ke satu perlawanan dan menegaskan pasukan itu akan berusaha dan membuat yang terbaik untuk memenangi perlawanan seterusnya untuk mara ke perlawanan akhir. Menurutnya setelah berjaya m