Posts

Showing posts from June, 2009

NBT KUTIP MATA PENUH

Oleh H J Rahim 4 Jun 2009 BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Pasukan NBT mempamerkan aksi garang untuk menjinakkan pasukan Indera FC 3-0 pada persaingan Perdana I Liga Brunei DST Group di Kompleks Sukan Berakas, malam ini. NBT yang menerima khidmat jurulatih baru nampak lebih kemas mencorak permainan dari tiap sudut sekalipun saingan yang diberikan pasukan Indera FC cukup mendebarkan. Bagaimanapun. Md. Sufri Md. Husin berjaya membuka tirai gol buat pasukan NBT pada ke 16 selepas menerima umpanan cantik rakan. Indera yang mula bingkas selepas dikejutkan jaringan lawan tidak dapat melakukan apa-apa malah tersentak sekali lagi selepas Md. Sufri sekali lagi tidak melakukan kesilapan untuk jaringan ke dua NBT diminit ke 38. Anak buah Nordin Tujoh terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan apabila Md. Noorfuad pula tampil di minit ke 69 untuk merobek gawang NBT. Kebangkitan pasukan Indera untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata bagaimanapun tidak kesampaian selepas benteng pertahanan NBT