NBT KUTIP MATA PENUH

Oleh H J Rahim
4 Jun 2009

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Pasukan NBT mempamerkan aksi garang untuk menjinakkan pasukan Indera FC 3-0 pada persaingan Perdana I Liga Brunei DST Group di Kompleks Sukan Berakas, malam ini.

NBT yang menerima khidmat jurulatih baru nampak lebih kemas mencorak permainan dari tiap sudut sekalipun saingan yang diberikan pasukan Indera FC cukup mendebarkan.

Bagaimanapun. Md. Sufri Md. Husin berjaya membuka tirai gol buat pasukan NBT pada ke 16 selepas menerima umpanan cantik rakan.

Indera yang mula bingkas selepas dikejutkan jaringan lawan tidak dapat melakukan apa-apa malah tersentak sekali lagi selepas Md. Sufri sekali lagi tidak melakukan kesilapan untuk jaringan ke dua NBT diminit ke 38.

Anak buah Nordin Tujoh terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan apabila Md. Noorfuad pula tampil di minit ke 69 untuk merobek gawang NBT.

Kebangkitan pasukan Indera untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata bagaimanapun tidak kesampaian selepas benteng pertahanan NBT terus kukuh.


Pada perlawanan di Padang dan Belapan, Berakas, pasukan MS ABDB dikejutkan oleh pasukan Jerudong apabila keputusan perlawanan berakhir dengan kedudukan 1-1.

Sekalipun ABDB beraya memperolehi jaringan menerusi tandukan cantik Mohd. Sardillah yang mencuri masok di dalam kotak penalty diminit ke 14, pasukan Jerudong pula berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Md. Enddy diminit ke 49.

Kedua pasukan yang mempamerkan aksi pantas dan berbalas serangan bagaimanapun terpaksa akur dengan kedudukan seri 1-1.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL