INDERA SC KUKUHKAN KEDUDUKAN DI LIGA SUPER DST


BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Indera SC mengukuhkan kedudukannya di tempat ketiga Liga Super DST 2017 selepas berjaya menundukkan MS PDB dengan jaringan 2-0 malam ini.

Tambahan tiga mata yang diraihnya itu menjadikan jumlah mata terkumpulnya kini 36 mata daripada 16 perlawanan, sekaligus terus memberikan tekanan kepada dua pasukan di atasnya, MS ABDB dan Kota Ranger FC.

Indera SC kini hanya enam mata di belakang pasukan di tempat kedua, Kota Ranger FC (42 mata daripada 17 perlawanan), dan 13 mata mengekori MS ABDB (49 mata daripada 19 perlawanan) yang kini hanya memiliki baki satu perlawanan lagi, berbanding Indera SC yang masih ada baki empat perlawanan.

Perlawanan yang berlangsung di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu Indera SC mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Mohd Shafie bin Haji Mohd Effendy pada minit ke-25.

Mohd Asri bin Haji Aspar yang baru dimasukkan pada pertengahan babak kedua pula menambah jaringan buat Indera SC hasil kesilapan pertahanan MS PDB yang sekaligus menjadi gol terakhir perlawanan untuk keputusan muktamad 2-0.

Mohd Asri ketika merembat bola masuk bagi gol kedua Indera SC dalam perlawanan menentang MS PDB malam tadi.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL