INDERA BELASAH KILANAS

Indera SC membelasah Kilanas FC 8-1 untuk mendaki ke tangga ketiga Liga Super DST

TUTONG, 14 Mei – Juara bertahan, Indera SC terus membuktikan kehebatannya dalam Liga Super DST musim ini apabila membelasah Kilanas FC 8-1.

Hanya 3-0 pada separuh masa pertama tetapi lima gol tambahan pada separuh masa kedua menjadikan perlawanan di Kompleks Sukan Tutong itu benar-benar berat sebelah, mujur saja Kilanas FC mendapat gol saguhatinya pada minit ke-72 hasil jaringan Muhd Syafiq bin Haji Muhd Hisham.

Gol pembuka tirai Indera SC dijaringkan oleh Mohammad ‘Afi bin Aminuddin pada minit ke-7 disusuli gol kedua empat minit kemudian oleh Sam Prank dan kemudiannya Mohammad Asri bin Haji Aspar pada minit ke-25 untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Jaringan keempat Indera hadir selepas 10 minit separuh masa kedua bermula yang disumbangkan oleh Sam Prank untuk gol kedua peribadinya malam itu.

Awangku Md Azrul Ariffin bin Pengiran Haji Matali menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-70, dua minit sebelum gol tunggal Kilanas FC hadir. Kane Ryan kemudiannya menjaringkan dua gol dalam tempoh lapan minit iaitu pada minit ke-82 dan ke-89 untuk Indera SC semakin selesa mendahului 7-1.

Muhd Nur Ikwan bin Othman masih sempat mencatatkan namanya dalam senarai penjaring pada minit ke-90+2.

Kemenangan itu membawa Indera SC ke tangga ketiga dari tangga keenam dengan sembilan mata, hanya satu mata di belakang Tabuan Muda yang sudah bermain tujuh kali dan tiga mata di belakang pendahulu Liga Super, Najip I-Team yang mengumpul 12 mata dari empat perlawanan.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL