INDERA SC JUARA PIALA FA DST
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April – Pasukan Indera SC buat pertama kalinya
melakarkan sejarah setelah memenangi Piala FA DST selepas jaringan Awang Mohd
Zulkhairy Razali dan Awang Mohd Asri Haji Aspar untuk memberikan kemenangan 2-0
ke atas Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) dalam perlawanan akhir
yang diadakan di Kompleks Sukan Berakas, kelmarin.
Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan beraksi mantap untuk merebut gelaran juara dalam kejohanan itu, namun pada minit ke-37, Awang Mohd Zulkhairy Razali berjaya menjaringkan gol bagi Pasukan Indera SC.
Persaingan semakin rancak pada babak akhir separuh masa pertama apabila percubaan daripada Awang Mohd Asri tersasar dan Pasukan MS PDB masih berpeluang untuk memberikan persaingan pada separuh masa kedua.
Walau bagaimanapun, Indera SC berjaya menggandakan kedudukan apabila Awang Mohd Asri berjaya melepasi perangkap ofsaid MS PDB dan terus membawa bola sebelum membuat jaringan ke gawang.

Juara Piala FA DST, Indera SC bergambar ramai bersama tetamu kehormat dan jemputan khas yang lain selepas penyampaian hadiah semalam. – Gambar oleh Hasrulraizan |
Pasukan
MS PDB cuba untuk bangkit tetapi rembatan dari sudut sukar berjaya didakap kemas
penjaga gol Indera SC.
Selepas perlawanan itu, Ketua jurulatih Indera SC, Awang Mohd Darus Tanjung
berkata bahawa kejayaan itu adalah kejayaan kali pertama bagi mereka dalam
persaingan Piala FA DST.
“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan dan ucapan tahniah kepada mereka. Pemain-pemain menunjukkan komitmen tinggi pada malam ini dan berharap ini akan diteruskan pada masa depan terutamanya pada musim baru,” katanya.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah adalah Pemangku Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.