ISC JUARA FUTSAL JUBLI EMAS 2017

Pasukan ISC muncul juara Piala Futsal Jubli Emas Brunei 2017 (GJBFC2017) Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.
Pasukan ISC berjaya menumpaskan Pasukan Arbisyam B di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dengan jaringan 4-1.
Terlebih dahulu di peringkat kedua, ISC menewaskan Pasukan MBS United FC sebelum mengalahkan Al-Rawda dan di separuh akhir menumpaskan Brunei 88 A FT untuk mara ke perlawanan akhir.Sementara itu dalam laluan menuju ke perlawanan akhir, Arbisyam B menumpaskan Pasukan GG FT sebelum mengalahkan Al-Rawda FT dan kemudian menumpaskan Pasukan Red Butterfly.
Hadir selaku tetamu kehormat dan sekali gus menyampaikan hadiah kepada barisan pemenang ialah Pengurus Kanan Bahagian Pengurusan Fasiliti, Haji Awang @ Muslim Mohd Yussof.
Tetamu kehormat ketika menyampaikan Piala Rebutan GJBFC2017 kepada wakil Pasukan ISC.

Juara Piala Jubli Emas Futsal Brunei 2017, ISC bergambar bersama tetamu kehormat dan AJK Penganjur.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL