INDERA SC KEHILANGAN 6 PEMAIN UTAMA, TEMPUHI JALAN SUKAR

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Berdepan dengan isu kehilangan enam pemain kesebelasan utama yang diambil untuk memakai jersi pasukan di bawah Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) pada kejohanan Piala FA tidak lama lagi, pengurusan Pasukan Indera Bola Sepak FC yang sudah ‘patah kaki’ akan berdepan pula kegetiran merampas gelaran Juara Piala Sumbangsih 2015 daripada musuh tradisi, Pasukan MS ABDB buat kali kedua.

Indera SC yang dua kali berturut-turut membawa pulang Piala Liga DST pada musim lalu dan 2013, bakal menempuh jalan sukar bukan hanya untuk merampas kejuaraan Piala Sumbangsih 2015 yang diidamkan daripada juara musim lalu, pasukan MS ABDB, malah bimbang gelaran yang dimiliki mereka selama dua tahun itu akan turut hilang.

Ketidaktentuan yang melanda kelab bola sepak itu telah disuarakan Pengurus Pasukan, Awang Rosdin bin Haji Abdul Aziz ketika ditemui pada majlis penandatanganan persetujuan bersama di antara NFABD dan syarikat pembekal telekomunikasi mudah alih, DST, sebagai penaja utama

Persetujuan yang dimeterai itu adalah persetujuan DST menjadi penaja utama bagi empat kejohanan liga bola sepak tanah air, iaitu Piala Liga Super DST-NFABD, Liga Perdana DST, Piala FA DST dan Piala sumbangsih DST.

Ketika ditanya mengenai persiapan bagi menghadapi kejohanan liga bola sepak tahun ini kelab bola sepaknya, Awang Rosdin menjelaskan secara jujurnya beliau menaruh 50-50 harapan kerana pada masa ini beberapa pemain utama Indera SC, termasuk penyerang  utama, Khairi mengalami kecederaan manakala pemain posisi, tengah Ikhwan serta tiga lagi pemain tengah pertahanan sedang mengikuti latihan percubaan dengan sebuah kelab bola sepak tempatan.

Selain itu, ketiadaan enam pemain utama yang bakal penyarung jersi pasukan di bawah NFABD dan akan turut menyertai kejohanan tersebut telah menjejaskan kelancaran latihan dan perancangan Indera SC untuk terus unggul dan mencatat hatrik sebagai juara tiga kali juara Liga Super.

Menurut Awang Rosdin lagi, sebanyak 12 pasukan bola sepak akan bertarung dalam kejohanan pada kali ini, dan daripada sumber yang diperolehnya salah sebuah daripada pasukan itu ialah pasukan didikan NFABD yang dibarisi oleh para pemain berbakat daripada kelab-kelab yang ikut bertanding.

“Sekiranya NFABD memutuskan supaya pasukan baru ini ikut bertanding (yang sehingga hari ini belum ada sebarang keputusan dibuat), maka Kelab kami yang kehilangan enam pemain setelah disenaraikan dalam pasukan kebangsaan, dan kelab bola sepak lain yang senasib, terpaksa juga menghadirkan barisan kesebelasan utama pemain, kerana NFABD tidak membenarkan pemain yang telah tersenarai dalam pasukan kebangsaan untuk mewakili kelab lain dalam sebarang kejohanan.


Ujarnya, langkah yang seharusnya dilakukan oleh NFABD ialah mengadakan mesyuarat dengan semua kelab yang bernaung di bawahnya bagi membincangkan kaedah terbaik penyerapan para pemain kelab ke  dalam pasukan kebangsaan  tanpa menggugat prestasi dan pencapaian kelab,  serta semangat dan latihan-latihan  yang telah dirancang untuk peningkatan pemain.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL