INDERA SC JUARA PIALA SUMBANGSIH



BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Hasrat Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) untuk menjulang Piala Sumbangsih Brunei DST 2018 setelah berjaya mengekalkan piala berkenaan sebanyak tiga kali berturut-turut punah dalam perlawanan menentang Pasukan Indera SC malam ini yang berlangsung di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Pasukan Indera SC menewaskan Pasukan MS ABDB dengan jaringan 2-1 selepas permainan terpaksa diheret ke masa tambahan setelah keputusan 1-1 sejurus tamat 90 minit perlawanan.

Jaringan Pasukan Indera SC telah dijaringkan pada minit ke-39 oleh Muhamed Zulkhairy bin Razali yang menyarung jersi nombor 16.

Sementara itu jaringan tunggal Pasukan MS ABDB pula dijaringkan pada minit ke-81, manakala Amirul Hakeem bin Haji Kasim menjadi penyelamat Pasukan Indera SC apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-107 dalam masa tambahan separuh masa kedua perlawanan.

Jaringan pada separuh masa kedua di masa tambahan berkenaan akhirnya membolehkan Pasukan Indera SC menjulang piala rebutan kali ini setelah gagal menjulang piala berkenaan tahun lalu.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan perlawanan berkenaan malam ini dan seterusnya berkesudian menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Penolong Pengurus Besar Komunik asi Korporat Kumpulan DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL