INDERA FC RAMPAS KEDUDUKAN KEDUA LIGA SUPER DST 2015
Muhd Nur Ikwan (berdiri 3 dari kiri) yang meledakkan jaringan kemenangan Indera SC bergambar ramai bersama pasukanya. |
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Indera SC
merampas kembali kedudukan kedua Liga Super DST 2015 selepas melakukan apa yang
lazim dilakukannya musim lalu bagi merangkul kejuaraan dua tahun berturut-turut
iaitu menjaringkan banyak gol pada separuh masa kedua selepas ketinggalan pada
separuh masa pertama.
Kali ini Indera SC bangkit dari ketingglan 1-3 dengan menjaringkan tiga gol pada akhir separuh masa kedua untuk menang 4-3 sekali gus meraih tiga mata berharga untuknya terus mengekori lima mata di belakang MS ABDB dan satu mata di depan Najip i-Team yang menduduki tangga ketiga.
Pada perlawanan di Kompleks Sukan Berakas malam tadi berkenaan, IKLS mendahului 1-0 menerusi jaringan Awangku Mohd Abdul Halim bin Pengiran Haji Hassan pada minit ke-20.
Keadaan menjadi semakin tegang buat Indera SC apabila Muhamad Hafiy bin Danan menggandakan pendahuluan IKLS pada minit ke-39, hanya untuk Mohd Asri bin Haji Aspar menyempurnakan sepakan penalti di penghujung babak pertama untuk kedudukan 2-1 di bawa ke babak kedua. Sembilan belas minit selepas rehat Mohd Amirul bin Muhd Rasyid mengembalikan pendahuluan dua gol IKLS, kini dengan jaringan 3-1, sekali gus mencerahkan peluangnya menterbalikkan keputusan tewas 0-2 kepada Indera SC semasa pusingan pertama liga pada April lalu.