INDERA SC KEMBALI LAKAR KEMENANGAN

Pasukan Indera SC kembali mencatat kemenangan bagi saingan Liga Super DST selepas menewaskan Pasukan Lun Bawang 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah kelmarin.

Pasukan Lun Bawang berada di depan pada minit ke-8 menerusi Christopher Ambun tetapi terpaksa akur apabila Naziruddin bin Haji Ismail menyamakan kedudukan pada minit ke-28.

Mohd Aminuddin Zakwan bin Mohamed Tahir sekali lagi mengulangi aksi terbaiknya selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77 perlawanan.

Sementara itu, dalam perlawanan lain di Kompleks Sukan Berakas, Najib Bakes mencatat kemenangan pertama pada musim ini selepas mengalahkan Setia Perdana dengan keputusan 2-1.

Najib berada di depan menerusi jaringan Mohd Faisal Ahad pada minit ke-22 tetapi Setia Perdana menyamakan kedudukan enam minit kemudian menerusi Muhd Rusydi Said Abdullah.

Tetapi Najib tidak berputus asa apabila Abang Hazim bin Abang Hadzman menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan itu dan dengan kemenangan itu, Najib Bakes menduduki tangga kesembilan mengatasi Setia Perdana.


Barisan pemain Indera SC yang beraksi dalam perlawanan menentang Lun Bawang. – Gambar oleh NFABD

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL