INDERA SC TETAP JUARA
OLEH HASRULRAIZAN BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Indera SC menjulang kejuaraan Liga Super DST-NFABD 2014 apabila piala diserahkan kepada mereka semalam, selepas berjaya mempertahankan gelaran musim lalu untuk dua kejuaraan Liga Super berturut-turut. Namun kejuaraannya malam tadi dicacatkan dengan kekalahan pertama kempen cemerlangnya musim ini, oleh musuh ketat MS ABDB 1-2 bagi membolehkan MS ABDB menamatkan kempennya dengan 37 mata, enam mata di belakang Indera SC. Pada perlawanan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu, MS ABDB mendahului 1-0 hasil jaringan Suhaimi bin Haji Md Yussof pada minit ke-20, sebelum digandakan seminit selepas rehat oleh Md Baharin bin Hamidon. Gol tunggal Indera SC pula dihasilkan oleh Reduan bin Haji Petara pada minit ke-50. MS ABDB pula memberikan Indera SC kekalahan pertama dan terakhirnya musim ini untuk membuktikan mereka bukan pasukan kebal dan MS ABDB kekal relevan untuk diberikan perhatian. Najip FC pula yang diberi nafas baru denga...