INDERA SC TETAP JUARA

OLEH HASRULRAIZAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Indera SC menjulang kejuaraan Liga Super DST-NFABD 2014 apabila piala diserahkan kepada mereka semalam, selepas berjaya mempertahankan gelaran musim lalu untuk dua kejuaraan Liga Super berturut-turut.

Namun kejuaraannya malam tadi dicacatkan dengan kekalahan pertama kempen cemerlangnya musim ini, oleh musuh ketat MS ABDB 1-2 bagi membolehkan MS ABDB menamatkan kempennya dengan 37 mata, enam mata di belakang Indera SC.
Pada perlawanan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu, MS ABDB mendahului 1-0 hasil jaringan Suhaimi bin Haji Md Yussof pada minit ke-20, sebelum digandakan seminit selepas rehat oleh Md Baharin bin Hamidon. Gol tunggal Indera SC pula dihasilkan oleh Reduan bin Haji Petara pada minit ke-50.
MS ABDB pula memberikan Indera SC kekalahan pertama dan terakhirnya musim ini untuk membuktikan mereka bukan pasukan kebal dan MS ABDB kekal relevan untuk diberikan perhatian.

Najip FC pula yang diberi nafas baru dengan pengurusan, jurulatih dan pemain baru musim ini layak menerima gelaran pasukan paling meningkat apabila melonjak dari tangga tercorot musim lepas kepada pemenang ketiga musim ini.
MS ABDB musim ini bukan setakat naib juara tetapi turut diumumkan selaku penerima anugerah Fair Play (Permainan Adil, sementara midfield Md Mazazizi bin Mazlan menerima anugerah Pemain Terbaik Liga Super.
Kasut Emas pula kekal bersama Indera SC, dengan musim ini dimenangi Md Zulkhairy bin Razali, yang baru berusia 18 tahun, selepas meledakkan 16 jaringan daripada 16 perlawanan.
Indera SC menerima hadiah wang tunai sebanyak $14,000, sementara MS ABDB sebagai naib juara membawa pulang $10,000 dan pemenang ketiga Najip FC memenangi $6,000.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL