INDERA SC RAMPAS TAKTHA LIGA SUPER

Indera SC (hitam) ketika beraksi menentang MS PDB dalam aksi Liga Super DST semalam . BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Indera SC merampas kembali persada Liga Super DST 2015 dari Najip I-Team yang menghuninya sementara apabila keluar sebagai pemenang 3-2 dalam perlawanan sengit dengan MS PDB malam tadi. Najip I-Team berada di puncak Liga Super hanya 24 jam selepas menang 2-1 ke atas IKLS 23 Mei lalu. Pada aksi di Stadium Negara Hassanal Bolkiah malam tadi, Indera mendahului 2-1 pada separuh masa pertama menerusi dua jaringan ketua pasukannya, Hamizan Aziz (minit kelapan dan 43) dengan gol tunggal Jasriman Johari (minit ke-28) untuk MS PDB hadir di antara kedua-dua gol Hamizan berkenaan. MS PDB kembali setara dengan Indera apabila Zulhamzi Haji Awang meledakkan jaringan hanya enam minit selepas separuh masa kedua bermula untuk mengikat kedudukan pada 2-2. Kane Ryan yang baru dimasukkan pada pertengahan babak kedua memberikan Indera kelebihan di sayap kanan dengan k...