INDERA JUARA PIALA SUMBANGSIH DST

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Indera SC berada pada landasan yang tepat untuk memastikan pokok pisangnya akan berbuah tiga kali iaitu catatan hatrik menjuarai Liga Super DST apabila melucutkan MS ABDB dari gelaran “Juara” Piala Sumbangsih DST yang dimenanginya musim lalu setelah menewaskan pemenang Piala FA DST dua musim berturut-turut itu dengan jaringan 2-0 malam tadi. Juara Liga Super DST dua musim berturut-turut berkenaan buat pertama kalinya menjulang Piala Sumbangsih DST setelah kempunan musim lalu (2014) akibat tewas 1-2 kepada pasukan yang sama, MS ABDB. Perlawanan pembuka tirai Liga Super DST 2015 dan Liga Perdana DST 2015 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah berkenaan dimuktamadkan dengan dua gol pantas Indera SC pada lapan minit pertama separuh masa kedua. Pada ketika babak pertama berakhir tanpa jaringan, Indera SC memasukkan Awangku Mohamad Haikal Pengiran Zaidi dan mengeluarkan Muhd Nur Ikwan Othman yang cedera untuk memperkuat barisan tengahnya dan perubahan ...