INDERA BELASAH WIJAYA

Oleh HASRULRAIZAN

Indera SC menepati ramalan untuk mara ke separuh akhir Piala FA DST-NFABD apabila Juara Liga Super DST-NFABD 2014 itu membenam Wijaya FC 4-0 di Kompleks Sukan Berakas malam tadi.

Hujan lebat dan keadaan padang yang ditakongi air menyukarkan para pemain Indera SC dan Wijaya FC untuk mempamerkan permainan sebenar masing-masing sehingga separuh masa pertama berlangsung hambar dan berkesudahan 0-0.

Tatkala intensiti hujan yang agak lebat di babak pertama melembabkan pergerakan pemain dan bola, keadaan hujan yang hanya renyai-renyai di babak kedua menyebabkan intensiti permainan Indera SC mula ketara menyerlah dengan hantaran dan pergerakan pantas.

Indera SC (hijau) & Wijaya FC (biru) bersaing dalam keadaan hujan lebat dalam aksi Piala FA di Kompleks Sukan Berakas semalam.
Hasilnya Indera SC berjaya membolosi gawang Wijaya FC empat kali bermula dengan jaringan pertahanannya, Abdul Mu’is bin Sisa pada minit ke-68, disusuli seminit kemudian dengan jaringan Hamizan Aziz bin Sulaiman untuk Indera SC mendahului 2-0.

Pada minit ke-77, pemain sayap kanan Indera SC, Md Asri bin Haji Aspar tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti bagi gol ketiga Indera SC yang seolah-olah menutup peluang Wijaya FC untuk mengejar.

Ketika 90 minit perlawanan masa sebenar sudah berakhir, kedudukan 3-0 dilihat akan menjadi keputusan muktamad perlawanan, namun tiga minit dalam masa kecederaan, Md Khairul Anwar bin Abdul Rahim sempat meletakkan namanya dalam senarai penjaring untuk gol keempat bagi pasukan Indera SC.

Melalui kemenangannya itu, Indera SC akan meneruskan cabarannya di peringkat separuh akhir pada 24 Disember ini menentang pasukan di tempat ketiga Liga Super DST-NFABD 2014, Najip FC yang menang 2-1 ke atas LLRC FT di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Popular posts from this blog

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

INDERA, TABUAN MUDA REPLAY CONFIRMED