INDERA SC HAMPIRI GELARAN

OLEH HASRULRAIZAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Gol tunggal Md Zulkhairy bin Razali dalam kemenangan 1-0 Indera SC ke atas MS PDB membawa Indera SC ke ambang kejuaraan Liga Super DST-NFABD 2014 dengan kini hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu mata dari tiga baki perlawanannya untuk mengesahkan kejuaraan menjadi miliknya.

Gol yang terhasil pada minit ke-37 itu dibantu oleh ‘kecuaian’ penjaga gol MS PDB, APO6533 Pengiran Md Muizzudin bin Pengiran Ismail, yang sepatutnya mudah mendakap bola yang lurus menuju ke bahagian atas perutnya itu tetapi sebaliknya terlantunkan bola ke kanan gawang sendiri pula.

Indera SC yang terkenal dengan ‘amukan’ di separuh masa kedua sebelum ini dengan penghasilan tiga gol ke atas, jelas sekali tumpul pada malam itu yang terbukti selepas gagal menghasilkan tambahan gol.

Indera SC kini mengumpul 37 mata dari 13 permainan iaitu enam mata di depan MS ABDB di tempat kedua yang sudah bermain 14 kali, maka tatkala mata maksimum yang boleh diraih MS ABDB tinggal 6 mata saja lagi, secara matematiknya MS ABDB masih berpeluang merangkul juara, asal saja Indera SC gagal mendapatkan sebarang mata dari baki 3 permainannya lagi.

Kekalahan MS PDB di perlawanan terakhirnya bagi kempen Liga Super kali ini berkenaan menyebabkan MS PDB gagal memperbaiki pungutan matanya dari 23 mata kepada 26 mata, sekaligus meranapkan peluangnya untuk sekurang-kurangnya menduduki tangga ketiga musim ini.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL