PASUKAN INDERA SC MENDAHULUI CARTA LIGA SUPER DST 2014
OLEH ABU BAKAR HJ ABD RAHMAN
8 Mei 2014 - Pasukan Indera SC kekal mendahului tangga 
teratas Liga Super DST 2014 selepas musim kejohanan memasuki pusingan kedua.
Dalam 10 kali bermain, pasukan Indera SC 
mengumpul 26 mata diikuti tempat kedua oleh pasukan Majlis Sukan Angkatan 
Bersenjata Diraja Brunei dengan mengutip 19 mata dan pasukan Majlis Sukan Polis 
Diraja Brunei mengutip 18 mata.
Dengan jurang mata yang terpisah pasukan 
Indera SC masih mempunyai peluang untuk berada di puncak liga bagi beberapa 
minggu ke hadapan namun kedudukan kedua dan ketiga masih saja akan silih 
bertukar ganti.
Namun masih belum bernasib baik bagi 
Pasukan Jerudong apabila masih lagi menempati di kedudukan yang terbawah liga 
sekalipun baru bermain sebanyak 8 kali dengan mengutip 4 mata tanpa mencatatkan 
sebarang kemenangan.
Pada perlawanan terakhirnya, pasukan 
bimbingan Haji Jaluddin tersebut tumpas kepada pasukan Jerudong FC dengan 
jaringan 4-3 walaupun mempunyai kesempatan untuk mendahului akibat kurangnya 
manfaatkan kesempatan terlebih lagi mudah terikut rentak permainan lawan.
Pasukan Kilanas FC memperolehi jaringan 
menerusi Md. Nor Hidayatullah pada minit ke-11 dan 25, Abang Hariz minit ke-62 
dan Wazien Osman minit ke-72, sementara pasukan Jerudong FC memperolehi golnya 
melalui Md. Asnawi Syazni pada minit ke-15 dan 45 dan Md. Bazli minit ke-43.
Pada perlawanan antara pasukan Najip FC 
dengan QAF FC berakhir seri 1-1 dan begitu juga keputusan antara pasukan MS ABDB 
dan Pasukan Wijaya berakhir tanpa sebarang penjaring.
 
