MS ABDB JUARA PIALA SUMBANGSIH


OLEH ABU BAKAR HJ ABD RAHMAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 19 Januari.- Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) muncul juara Piala Sumbangsih DST 2014 selepas menumpaskan Pasukan Indera SC dengan jaringan 2-1 di Balapan dan Padang Kompleks, Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Pertemuan kedua-dua pasukan juara antara juara liga dan FA tahun lepas ini secara langsung menandakan bermulanya Kejohanan Liga Bola Sepak Kebangsaan 2014 (Liga Super DST 2014, Liga Perdana DST 2014 dan Piala FA DST 2014).

Pasukan MS ABDB memperolehi jaringan saat perlawanan baru memasuki minit ke-5 selepas pasukan itu dihadiahkan sepakan penalti yang disudahkan oleh Md Mazazizi.

Md Mazazizi sekali lagi mengukuhkan kedudukan pasukannya menerusi jaringan kedua pada minit ke-25 ketika perebutan bola dalam petak D di kawasan Pasukan Indera SC.

Pasukan tentera ini hampir saja meninggalkan jauh Pasukan Indera SC tetapi jaringan Md Khairul Mee bin Mail pada minit ke-75 termasuk terperangkap 'off side' pasukan lawan.

Usaha Pasukan Indera SC untuk merapatkan jurang berhasil, namun ianya terlalu lewat sekalipun Sahrin Momin berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-84.

Hadir menyaksikan perlawanan dan seterusnya menyampaikan hadiah ialah Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Md Yusof, selaku wakil peribadi Pengerusi DST.

Terdahulu sebelum perlawanan, kemasukan kedua-dua pasukan ke dalam padang diiringi dengan lagu rasmi FIFA sebelum diperkenalkan kepada tetamu kehormat majlis.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL