LLRC FT JUARA BOLASEPAK JEMPUTAN 6 PENJURU 2013

Antara aksi pasukan LLRC FT di Kejohanan Bolasepak 
Jemputan Enam Penjuru 2013 selepas menumpaskan 
pasukan Indera SC dalam perlawanan akhir yang diadakan 
di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. 
(Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said)

OLEH ABU BAKAR HJ ABD RAHMAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 1 September. - Pasukan LLRC FT muncul juara dalam Kejohanan Bolasepak Jemputan 6 Penjuru 2013 selepas menumpaskan pasukan Indera SC dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas di sini.

Perlawanan berkeputusan 4-3 diperolehi menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 setelah permainan berakhir 90 minit perlawanan.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kejohanan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar.

Kedua-dua pasukan merupakan juara Kumpulan ‘A’ dan ‘B’ melaksanakan misi mereka dengan bermain lebih berhati-hati pada awalnya walaupun pasukan LLRC FT lebih mendahului pada minit ke-7.

Jaringan diperolehi apabila hantaran lintang dari sebelah kiri oleh Safuan Juhar menepati sasaran kepada rakan sepasukannya Md. Helmie untuk melompat tinggi dan menanduk masuk bola sekali gus menjadi jaringan pemisah.

Pasukan Indera SC berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan memasuki minit ke-65 menerusi sepakan jarak dekat Reduan Haji Petra yang berebut dalam Petak D.

Kedudukan seimbang mengheret kedua-dua pasukan melaksanakan sepakan penalti untuk menantikan juara.

Pasukan Indera SC muncul sebagai naib juara selepas dua sepakan penaltinya gagal disudahkan dengan baik.

Md. Khayrun yang melaksanakan sepakan awal bagi pasukan Indera SC gagal malakukan jaringan selepas sepakannya ditampan Penjaga Gol Pasukan LLRC FT, Md. Fakhrul Amin diikuti sepakan ketiga yang dilakukan Ak. Sahruddin yang kurang sempurna.

Juara menerima piala dan wang tunai BND3,000.00 manakala naib juara menerima piala dan wang tunai BND2,000.00.

Kejohanan yang disertai oleh enam pasukan jemputan ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD)  antara lain bertujuan untuk membantu pasukan Kebangsaan U23 yang akan menyertai Sukan SEA 2013 kepada suasana perlawanan bola sepak dalam negeri yang lebih berdaya saing setelah menjalani latihan sejak April lepas.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL