INDERA SC BERAZAM DAPATKAN 3 MATA APABILA BERDEPAN IKLS

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 11 Mei.Pasukan Indera SC berharap perlawanan terakhirnya menentang pasukan IKLS dalam Kumpulan C bakal menentukan sama ada mereka layak secara automatik untuk mara ke Liga Super Kebangsaan.

Pengurus Pasukan Indera SC, Rosdin Haji Abdul Aziz berharap pada perlawanan terakhir itu nanti mereka hanya mahu kemenangan tanpa mengira berapa jaringannya asalkan tiga mata penuh milik mereka.

Beliau ditemui sejurus berakhirnya perlawanan mereka setelah menumpaskan pasukan Seri Sentosa 6-0 di Kompleks Sukan Berakas di sini.

Menurutnya, yang penting bagi mereka dalam perlawanan akhir nanti sewaktu menentang pasukan IKLS mereka akan cuba mendapatkan tiga mata penuh kerana dengan kedudukan pada masa itu pasukan Indera SC akan kukuh berada di atas walaupun sekiranya pasukan MS ABDB menang dalam perlawanan terakhir mereka.

Dengan kemenangan hari ini pasukan Indera SC kembali memimpin Kumpulan C dengan kelebihan dua mata di belakang pasukan MS Polis dan diikuti oleh pasukan MS ABDB.

"Alhamdulillah Indera kembali berada di kedudukan di atas memintas pasukan polis selepas kemenangan petang ini," ujar Rosdin.

Menyentuh perlawanan menentang pasukan Seri Sentosa beliau menjelaskan rentak di separuh masa kedua agak kurang berkesan berbanding separuh masa pertama selepas meletakkan beberapa pemain simpanan untuk beraksi.

Katanya mereka sebenarnya memberi peluang kepada pemain-pemain lain, tetapi bukan bermaksud untuk merendah-rendahkan pasukan lawan kerana bagi mereka pasukan Seri Sentosa juga merupakan pasukan yang hebat seperti juga pasukan-pasukan yang lain.

Pasukan Indera SC membuka ruang gol seawal minit keempat menerusi percubaan Md. Khayrun Salleh namun disudahkan dengan gol sendiri oleh Ak. Md. Hapidz.

Hantaran silang yang dilakukan oleh Md. Aqmal Hakeem pada minit ke-26 kepada Hamizan Aziz berjaya merembat masuk untuk jaringan kedua pasukan Indera SC sebelum Md. Nur Ikhwan melakukan jaringan ketiga 12 minit kemudian.

Pasukan Indera SC melengkapkan gol keempatnya di separuh masa pertama setelah dihadiahkan sepakan penalti yang dilakukan oleh Md. Saifuddin.

Sekalipun memperlahankan permainan di separuh masa kedua, pasukan Indera SC kurang menerima ujian malah sebaliknya terus saja mencetak gol yang dihasilkan pada minit ke-62 oleh pemain simpanan Abdul Al-Wardi.

Abdul Mu'iz Sisa melengkapkan cetakan gol pasukan Indera SC selepas menjaringkan gol keenam pada minit ke-74.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL