PERDANA SATU LIGA BRUNEI DST GROUP 2009


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Pasukan Majra FC dan MS ABDB pulang ceria selepas berjaya menumpaskan lawan masing-masing sekali gus memperoleh tiga mata penuh pada persaingan Perdana Satu Liga Brunei DST Group di sini, malam ini.

Persaingan di Kompleks Sukan Berakas menyaksikan pertemuan menarik pasukan Majra FC menentang pasukan NBT FC apabila kedua pasukan berjaya mempamerkan persaingan sengit sebaik wisel bermula.

Namun Md. Faizal Mohammad lebih awal menceriakan jurulatih Majra apabila berjaya menewaskan penjaga gol NBT pada minit ke 6 sebelum pemain tinggi lampai itu menambah jaringan kedua pada minit ke 27.

Ketinggalan dua gol, NBT bangkit mencari sentuhan menerusi asakan pantas dan Haji Khairol Anwar Haji Md. Yakub bijak melepaskan kawalan pertahanan sebelum menewaskan penjaga gol Majra pada minit ke 31 untuk mendekatkan jurang gol menjadi 2-1.

Seminit sebelum tamat perlawanan Md. Faizal berjaya mencipta jaringan hatrik dan sebaik saja perlawanan babak kedua bermula, nama Md. Faizal sekali lagi terukir menjadi penjaring terbanyak dalam satu perlawanan apabila bijak membuat penyudahan yang sempurna untuk kedudukan 3-1.

Perlawanan terus sengit tetapi lebih memihak kepada Majra dengan jaringan ke lima menerusi Adi Said pada minit ke 58 dan anak buah Nordin Tujuh hanya berjaya menambah jaringan pada minit ke 63 menerusi sentuhan Ak. Md. Asrin Pengiran Haji Mohammad untuk memuktamadkan keputusan perlawanan yang memihak kepada pasukan Majara 5-2.

Sementara itu, pasukan Indera FC hampa selepas gagal mengimbangi kerakusan pasukan MS ABDB dengan jaringan 2-4 di Padang dan Belapan.

Namun pasukan MS ABDB terpaksa menunggu sehingga minit ke 20 menerusi Md. Isa Haji Bahar untuk membuka tirai jaringan.

Jaringan itu membuat pasukan MS ABDB terus gagah untuk menambah jaringan dan ternyata penyerang lipas kudung, Md Sardillah Haji Abdullah tidak menghadapi masalah untuk menambah jaringan kedua diminit ke 34 dan dua minit sebelum tamat babak pertama, Md. Hazreen P DP Haji Masri terus membuat pasukan lawan hampa.

Jaringan Md. Khayrun Salleh pada minit ke 56 sedikit melegakan jurulatih Indera tetapi keceriaan pasukan itu kembali redup apabila MD. Baharain Hamidon menambah jaringan untuk MS ABDB.

Indera FC yang kembali mengambil giliran untuk membuat ancaman lawan bagaimanapun hanya memperoleh jaringan diminit ke 90 dan kebangkitan mereka juga sudah terlambat selepas keputusan 4-2 yang memihak kepada MS ABDB terus kekal hingga ke wisel penamat.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL