INDERA GANDAKAN KEMENANGAN
Oleh H J Rahim
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Pasukan Indera FC naik satu tangga dengan merampas kedudukan pasukan AH United untuk berada di tangga ke-6 Perdana Satu Liga Brunei DST Group selepas membelasah pasukan March United 6-0 di Padang dan Belapan Berakas, malam ini.
Kemenangan itu meletakkan pasukan Indera mengutip 26 mata selepas mendapat 8 kali menang dua kali seri dan tujuh kali kecundang selepas melalui 17 perlawanan.
Indera tidak menunggu lama untuk merobek gawang pelawat apabila Md. Saifuddin bijak menyempurnakan umpanan cantik rakan dari tepi untuk memperdayakan penjaga gol March se awal minit pertama perlawanan.
March yang cuba mengintai untuk naik sekurang-kurang dua anak tangga bagaimanapun kembali terkejut dengan jaringan mudah Md. Aimaduddin yang terlepas dari kalawan ofsaid sebelum menewaskan mudah penjaga gol March di minit ke-10.
Perlawanan terus menarik apabila MD. Arif Haji Zulkifle mula memberi tekanan kepada March selepas beliau menambah jaringan untuk kedudukan 3-0.
March yang sentiasa mencari rentak berusaha keras melakukan asakan tetapi kerap membuat percubaan yang kurang bermaya malah asakan penyerang March juga selalu tidak menjadi.
Indera yang dibarisi majoriti pemain muda bagai tidak berpuas hati dengan kelebihan jaringan yang sudah diperolehi dengan menggandakan asakan.
Pertahanan March terus sibuk menghadang gerakan-gerakan kemas lawan dan tembok mereka rapuh juga dengan jaringan cantik Md. Arif Haji Zulkifle di minit ke-53 sebelum Ak. Md. Zulfadli turut lega menyumbang jaringan ke empat buat Indera.
Sementara itu, Md. Saifuddin membuktikan kehebatan pasukan Indera dengan melengkapkan jaringan besar 6-0 ke atas pasukan March di saat-saat akhir perlawanan.