KOTA RANGERS KUTIP TIGA MATA PENUH


 
 
Antara aksi perlawanan pada pertemuan Pasukan Kota Rangers menentang pasukan Indera SC dalam Kejohanan Liga Super DST.


Pasukan Kota Rangers beraksi cemerlang setelah berjaya mengalahkan pasukan Indera SC 3 - 1 pada Perlawanan Liga Super DST yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas, di sini.
 
Gol-gol pasukan Kota Rangers dijaringkan oleh pemain jersi 8, Awang Md. Hardy bin Bujang pada minit ke-46, diikuti dengan jersi 7, Awang Md. Abd. Bakar bin Mahari pada minit ke-77 dan jersi 20, Awang Abu Suffian bin Haji Adanan pada minit ke-87.
 
Sementara itu, jaringan pasukan Indera SC dihasilkan seawal minit ke-18 separuh masa pertama menerusi Awang Md. Syarafuddin Hamdi bin Talip.
 
Perlawanan Liga Super DST akan diteruskan lagi pada Ahad ini dengan pasukan Wijaya FC akan melayan pasukan MS ABDB di Kompleks Sukan Berakas pada jam 8.15 malam, manakala pasukan Kasuka FC pula akan menentang pasukan Lun Bawang di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas jam 3.00 petang.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL