INDERA SC MENANG TIPIS 3-2 MENENTANG JERUDONG FC

Pasukan Indera SC merasa lega setelah berjaya mengatasi pasukan Jerudong FC 3-2 malam ini pada Perlawanan Liga Super DST 2012/2013 yang berlangsung di Balapan dan Padang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

Di awal permainan kedua pasukan melakukan serangan bertubi-tubi namun pada minit ke-10 separah masa pertama, peluang keemasan Jerudong FC di depan gawang terlepas begitu sahaja tanpa menjaringkan sebarang gol.

Pada minit ke-11 permainan memihak kepada pasukan Indera SC apabila berjaya membolosi gawang pihak lawan melalui jaringan pemain jersi 6, Abdul Mu'iz Sisa.

Hujan yang turun agak lebat, sedikit sebanyak mengubah corak permainan kedua pasukan akan tetapi pasukan Indera SC masih mampu bertindak dengan cemerlang apabila pemainnya jeri 11, Sahrin Momin sekali lagi mengecewakan Jerudong FC dan berjaya merembat gol kedua pada minit ke-20.

Bagaimanapun, Jerudong FC tidak putus harapan untuk terus berusaha mengasak bola ke gawang Indera SC apabila pemain jersi 19, Md. Enddy Zulyady Awang Sapar berjaya memulihkan semangat pasukannya satelah memperolehi gol pertama pada minit ke-22.

Gol ketiga Indera SC dilakukan hasil serangan pantas dari sayap kiri pada minit ke-58 menerusi pemain jersi 8, Mohammad Khayrun Salleh yang mematahkan harapan pihak lawan.

Corak permainan sedikit agresif di mana pemain Pasukan Jerudong FC berjaya menjaringkan gol keduanya pada minit ke-89, melalui pemain jersi 11, Muhd Abu Bakar Mahari.

Sehingga ke wisel penamat, pasukan Indera SC menang tipis 3-2 ke atas pasukan Jerudong FC. 

Popular posts from this blog

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

INDERA, TABUAN MUDA REPLAY CONFIRMED