INDERA SC TIDAK BERNASIB BAIK APABILA TEWAS 1-2 KEPADA MS ABDB
Nyata tuah tidak menyebelahi Pasukan Indera FC apabila terpaksa akur dengan keputusan berpihak 1-2 kepada MS ABDB malam semalam di padang Penanjong Kem, Tutong.
Walaupun pasukan pelawat terpaksa melupakan khidmat pemain berpengalaman, Mohd Sharin Zaini yang masih belum sembuh dari kecederaan dan pemain kental Ak Muhd Shahruddin bin Pg Tejuddin yang memulakan pengantungan pada malam tersebut, namun pasukan didikan Haji Mohd Zulkifli masih berbisa apabila sepakan percuma bekas pemain DPMM FC, Sairol Sahari nyaris meletakkan pasukan Indera FC di hadapan pada minit ke 6, namun percubaan itu dapat ditepis keluar oleh Mohd Fardillah Ali, penjaga gol MS ABDB.
Mohd Khayrun Salleh (no.22) yang turun selaku ketua pasukan, nyaris memecah kebuntuan selang 10 minit kemudian apabila larian cantik bekas pemain MS ABDB itu berjaya memperdaya dua pemain pertahanan MS ABDB sebelum sepakannya hanya tersasar sedikit sebelum mendapat kecederaan setelah bertembung dengan Mohd Fardillah Ali. Sejurus selepas itu, Mohd Helmi Zambin (no.14) seharusnya memberikan gol ‘pertama’ semangat kepada pasukan pelawat pada malam itu apabila tendangannya terkena badan Mohd Fardillah Ali yang sekali lagi bertindak cemerlang menghampakan pasukan Indera FC.
MS ABDB juga sering memberikan tentangan sengit dengan mempamerkan gerakan pantas sambil mempertaruhkan Mohd Sardillah, penyerang berbisa mereka bersama pemain lincah, Roy Suhardi yang sentiasa cuba mencari ruang untuk melolosi kawalan pemain pertahanan Indera FC, Mohd Muiz yang sukar untuk dilepaskan. Mohd Muiz (no.6) berjaya menyelamatkan pasukan pelawat dari dibolosi apabila Roy Suhardi yang hanya berseorangan di Kotak D apabila bola dapat dikuis keluar sebelum beliau berjaya untuk membuat sebarang tendangan dan seterusnya memberikan tendangan sudut.
Pengadil dan juga penjaga tepi pada malam tersebut banyak memberikan keputusan ‘mencurigakan’ dan seolah-olah menghadirkan ‘advantage’ kepada pasukan tuan rumah bermula dengan hadiah sepakan penalti di minit 26 apabila Mohd Sardillah menjatuhkan diri sendiri dibelakang kawalan Mohd Helmi Zambin. Bukan saja pemain yang bengang, tetapi jurulatih Pg Mohd Serfuddin nampaknya juga tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu apabila penjaga tepi yang berada pada kedudukan yang jelas tidak memperlihatkan sebarang kesalahan dilakukan oleh pasukan pelawat. Namun pasukan Indera FC terpaksa menerima keputusan tersebut dan nyata Ak Omar Aqamuddin (penjaga gol) menjadi ‘hero’ pasukan pelawat apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti itu dengan terbangan yang cantik disebelah kanan gawang dan seterusnya memberikan tendangan sudut. Bermula dari tendangan sudut itulah, malang bermula bagi pasukan pelawat apabila gol pertama MS ABDB menjelma apabila pemain MS ABDB, Mohd Suhaimie Yusof yang jelasnya berada di kedudukan ‘offside’ berjaya menanduk bola semula ke dalam gelanggang sebelum berjaya disambar oleh Mohd Safari Wahit pada minit ke 31 bagi menjaringkan gol. Pemain-pemain Indera FC cuba untuk membantah keputusan tersebut sambil penyokong-penyokong pelawat yang hadir juga memperlihatkan ketidak-kepuasan hati mereka dengan riuh rendah yang bergema di padang Penanjong Kem tersebut. Berikut dengan ketinggalan itu, Pg Muhd Serfuddin membuat penukaran dengan memasukkan Ak Mohd Zulfadli menggantikan Mohd Ariff bagi menguatkan lagi bahagian serangan.
Titik tolak dari sana, persembahan pasukan pelawat sedikit terumbang ambing sehingga banyak memberikan impak kepada permainan seolah-olah hilang arah, dan ini membuatkan MS ABDB mengambil peluang itu untuk menyusun dan mengatur gerakan yang cantik untuk menambah jaringan. Dan sekali lagi pengadil bermurah hati dalam memberikan sepakan percuma apabila ayam tambatan MS ABDB, Mohd Sardillah dengan mudah jatuh walaupun pemain Indera FC berjaya mencuri bola dengan bersih. Sepakan leret yang dihasilkan oleh Mohd Rosmin Kamis tidak berjaya dikeluarkan oleh pertahanan Indera FC yang sedikit alpa sehingga menyebabkan MS ABDB berjaya melebarkan jurang gol bagi gol kedua mereka melalui pemain yang sama, Mohd Safari Wahit pada minit ke 41. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan MS ABDB 2 – 0 Indera FC.
Walaupun pasukan Indera FC ketinggalan dua jaringan, namun penyokong-penyokong setia pasukan pelawat masih bersemangat dan tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sambil mengharapkan babak kedua itu nanti akan berubah dan gol yang dinanti-nantikan nanti akan tiba jua.
Nyata apa yang diharapkan oleh penyokong-penyokong setia pelawat berbaloi juga apabila pasukan Indera FC memulakan permainan pada separuh masa kedua itu dengan garang dan ‘lapar’ mencari sekurang-sekurang satu gol bagi menaikan semangat pasukan pelawat itu. Indera FC nampaknya berjaya mengatur permainan dan gerakan yang berbahaya ke gawang MS ABDB apabila kawasan tengah berjaya dikawal dengan cemerlang oleh Azwan Salleh dan Sharin Momin yang sentiasa bekerja keras mematahkan serangan MS ABDB sehingga pengadil memberikan sepakan percuma disebelah kanan MS ABDB apabila pemain Indera FC dijatuhkan betul-betul di garisan Kotak D besar. Sairol Sahari diberikan peranan untuk membuat tendangan, nyata pengalaman besar beliau sebelum ini dapat digunakan sepenuhnya apabila sepakan percuma yang cantik hadir dikepala Azwan Salleh yang membuat tandukan mengelirukan Mohd Fardillah Ali bagi gol pertama pasukan pelawat dim init ke 52. Dan menambah manisnya kepada gol kedua (peribadi) Azwan Salleh itu musim ini, ianya hadir sewaktu beliau menyambut hari jadi pada malam itu juga. MS ABDB yang kaku dengan jaringan itu seolah-olah hilang semangat dan terpaksa bertahan menguatkan pertahanan mereka bagi tidak dibolosi bagi kali keduanya.
Indera FC bertubi-tubi mengasak ke kubu MS ABDB dengan menggunakan dua pemain yang lincah, Mohd Helmi Zambin dan Sairol Sahari yang sentiasa membuat pertahanan MS ABDB kelam kabut. Pasukan pelawat sekali lagi membuat pertukaran starategi dengan memasukkan Hamzi bagi menggantikan Sairol Sahari yang tercedera.
Sahrin Momin (no.19) nyaris menyamakan kedudukan apabila tendangan deras beliau berjaya didakap oleh penjaga gol. Ak Muhd Zulfadli yang baru sembuh dari kecederaan hampir menjaring gol pertama beliau apabila sepakannya terkena pertahanan MS ABDB apabila hanya berdepan dengan penjaga gol. Mohd Khayrun Salleh yang sentiasa dibayangi oleh pertahanan MS ABDB pada malam berjaya melepaskan satu tendangan ‘volley’ yang nyata-nyata tersasar sedikit apabila Mohd Fardillah hanya mampu melihat sahaja. Pasukan membuat pertukaran terakhir dengan memasukan Karimurizal menggantikan Abd Wardi bagi memberikan nafas baru dan tekanan terhadap MS ABDB.
Tiga trio pemain pertahanan yang dibarisi oleh pemain-pemain muda Indera FC, Muhammad ‘Afi, Mohd Sallehin dan Mohd Muiz harus mendapat pujian apabila berjaya mengekang barisan serangan MS ABDB yang berpengalaman seperti Mohd Sardillah, Roy Suhardi dan Suhaimie Yusof.
Riuh rendah sokongan penyokong-penyokong Indera FC seakan-akan memberikan satu suntikan semangat kepada pasukan pelawat tersebut dalam misi mencari gol penyamaan. Malam itu memang bukan milik pasukan pelawat, apabila satu lagi peluang keemasan hadir dalam minit-minit akhir perlawanan bagi Mohd Khayrun Salleh apabila cuma Mohd Fardillah tinggal berseorangan, percubaanya tersasar melimpasi palang gol MS ABDB. Percubaan Mohd Karimurizal Kasmi juga diminit-minit akhir masa kecedaraan sekadar melimpasi palang gol MS ABDB apabila sepakan percuma Azwan Salleh disebelah kanan gawang MS ABDB. Keadaan lebih dramatik pada masa kecederaan apabila pemain-pemain MS ABDB banyak melengah-lengahkan perlawanan dengan sketsa lakonan dan drama masing-masing walaupun pada hakikatnya pengadil cuma memberikan 3 minit masa tambahan.
Walaupun tewas tipis kepada pasukan MS ABDB yang berpengalaman, pasukan pelawat sepatutnya berbangga dengan corak permainan dan semangat yang ditunjukkan oleh pemain-pemainnya yang menunjukkan komitmen bersungguh-sungguh yangmana rata-rata separuh babak kedua itu didominasi oleh pasukan pelawat yang bertandang di Padang Penanjong Kem, Tutong. Perlawanan seterusnya pasukan Indera FC pada 12 Januari 2009 di padang JBS menentang pendahulu liga Premier Satu DST Group, QAF FC.
Laporan oleh anonymousindera
check out also at:Walaupun pasukan pelawat terpaksa melupakan khidmat pemain berpengalaman, Mohd Sharin Zaini yang masih belum sembuh dari kecederaan dan pemain kental Ak Muhd Shahruddin bin Pg Tejuddin yang memulakan pengantungan pada malam tersebut, namun pasukan didikan Haji Mohd Zulkifli masih berbisa apabila sepakan percuma bekas pemain DPMM FC, Sairol Sahari nyaris meletakkan pasukan Indera FC di hadapan pada minit ke 6, namun percubaan itu dapat ditepis keluar oleh Mohd Fardillah Ali, penjaga gol MS ABDB.