INDERA FC HAMPA LAGI...
Pasukan QAF FC terpaksa berhempas pulas mengekalkan rekod tanpa kalah mereka apabila hanya sekadar berjaya menghasilkan gol tunggal menerusi pemain import, Viban Francis Bayong ketika menentang Pasukan Indera FC di Padang Kebajikan, Berakas . Perlawanan malam semalam itu dilihat sebagai perlawanan ‘buku bertemu dengan ruas’ di mana pasukan Indera FC hampir saja menjadi pasukan pertama berjaya mencalarkan rekod bersih pendahulu liga Perdana Satu DST Group tersebut apabila sekali lagi pengadil perlawanan menjadi ‘duri dalam daging’ dalam menghalang misi bersejarah pasukan Indera FC pada malam itu.
Walaupun hujan turun dengan lebatnya selama 45 minit, tidak menghalang perlawanan diteruskan bagi tidak mengecewakan penyokong-penyokong kedua-dua pasukan yang datang bagi memberikan sokongan moral. Keadaan padang yang berair dan ‘becak’ sedikit sebanyak menjejaskan sedikit mutu permainan kedua-dua pasukan, namun kedua-dua pasukan berjaya memperlihatkan persembahan yang menarik.
Pada babak pertama, nampaknya persaingan adalah seimbang apabila kedua-dua pasukan mempunyai peluang-peluang baik bagi menjaringkan gol namun pasukan Indera FC lebih bermula garang apabila seringkali menguji pertahanan Pasukan QAF FC yang dikemudi oleh Riwandi Wahit, bekas pemain kebangsaan Brunei. Pasukan Indera FC yang mempertaruhkan formasi 4-4-2 seolah-olah memberikan amaran awal kepada pendahulu liga itu apabila pemain sayap berpengalaman, Sairol Sahari dan Mohd Helmi Zambin sentiasa mengucar-kacirkan bahagian pertahanan QAF FC sehingga selalu membuat kesilapan.
Mohd Khayrun Salleh (no.7) yang berpasangan dengan Abd Wardi (no.18) yang nampaknya semakin serasi sering berkerja keras bagi menghasilkan gol dan membuka ruang kepada teman-teman yang lain untuk mencipta jaringan. Ketua pasukan Indera FC, Ak Shahruddin Pg Tejuddin nyaris memberikan pasukan yang berada di kedudukan ke 7 dalam Liga Perdana Satu itu gol pendahuluan namun percubaan itu sekadar melimpasi palang gol QAF FC apabila penjaga gol sudah tertewas hasil hantaran lintang Sairol Sahari. Pasukan Indera FC sepatutnya mendahului pada minit ke 30 melalui Aziz Tamit pada malam tersebut apabila pergelutan didepan gawang gol tidak dapat disudahkan dengan baik ketika gawang sudah terbuka luas dan tiang pula menjadi penghalang.
Pemain ‘sasa’, Viban Francis Bayong yang meledakkan beberapa gol sebelum ini ketika pasukan QAF FC membelasah BST FC 10-0 hanya sekadar mendapat beberapa peluang apabila pergerakannya sentiasa ‘dirantai’ oleh Azwan Salleh dan juga Sharin Momin.
Sairol Sahari yang bermain cemerlang disayap kiri pasukan Indera FC itu telah dijatuhkan dikotak D kawasan QAF FC tetapi pengadil tidak menghiraukan kesalahan tersebut. Sepatutnya pengadil bertindak lebih adil apabila dengan murah hati memberikan kad kuning kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemain-pemain Indera FC walaupun pada hakikatnya pemain-pemain QAF FC melakukan kesalahan yang sama. Ini membuatkan ketidak-kepuasan kepada penyokong-penyokong Indera FC yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada Pasukan Indera FC walaupun ada ketikanya penyokong-penyokong QAF FC tidak menunjukkan semangat kesukanan.
Sepatutnya permainan babak pertama sudah berakhir, namun pengadil masih meneruskan perlawanan apabila hantaran lintang daripada Ak Kamarul diminit-minit akhir berjaya disudahkan oleh Viban Farncis Bayong apabila Ak Nur Aqamuddin cuba menyelamatkan namun tidak berjaya. Babak pertama berakhir dengan 0-1 kepada QAF FC.
Pasukan Indera FC yang baru saja menerima khidmat jurulatih baru yang berpengalaman, Mohd Ilham dan juga Zainol dari DPMM FC bagi menggantikan Pg Serfuddin yang mempunyai komitmen kerja sebelum ini, keluar pada babak kedua dengan suntikan tenaga yang baru dalam mencari gol awal. Seperti situasi yang sama ketika bertemu dengan MSABDB, pasukan Indera FC mengasak bertubi-tubi ke gawang QAF FC yang nampaknya terpaksa bertahan di kawasan sendiri sehingga membuatkan Ali Mustapha, jurulatih QAF FC resah gelisah melihat pasukannya yang terpaksa bekerja keras mematahkan serangan pasukan Indera FC.
Di babak kedua, permainan banyak berlegar di kawasan QAF FC yang banyak bertahan bagi mematahkan serangan bertali arus pasukan Indera FC yang nampaknya bagai ‘singa lapar’ yang ketandusan jaringan bagi memastikan misi malam itu terlaksana. Ketika permainan semakin rancak dan pantas, terdapat jua insiden membabitkan persengketaan pemain apabila pengadil nampaknya ‘berat sebelah’ dengan menghasilkan keputusan memihak kepada pasukan QAF FC, bila mana pemain ‘berpengaruh’ Sairol Sahari nyata-nyata dijatuhkan dengan kasar sekali di kawasan kotak D besar ketika berjaya melepaskan hadangan Philip Sabtu sebelum sempat berbuat apa-apa. Pengadil seolah-olah ingin memberikan meniupkan wisel bagi memberikan sepakan penalti tetapi membatalkannya di saat-saat akhir dan ini mengecewakan penyokong-penyokong Inderas FC.
Sentuhan menarik dari Mohd Khayrun Salleh pada malam itu memukau penonton yang hadir pada malam itu walapun pada hakikatnya hujan masih membasahi padang yang terkenal dengan jolokan ‘Padang Kebajikan’ itu namun nasib masih belum menyebelahi pemain bekas MS ABDB itu apabila tendangannya hanya tersasar beberapa inci apabila berjaya memperdaya dua pertahanan QAF FC. Penjaga gol QAF FC bermain cemerlang pada malam itu apabila berjaya menepis segala hantaran sudut dan sepakan percuma dari menembusi gawang QAF FC.
Kemasukan pemain lincah, Ak Muhd Zulfadli sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada pertahanan QAF FC yang terpaksa bekerja lebih kuat sehingga menyebabkan Mohd Ali Mustapa mengeluarkan Ratano Tuah dengan memasukkan Musyerady bagi mengukuhkan banteng QAF FC yang nampaknya mula goyah. Tidak dinafikan QAF FC pada malam itu juga mempunyai peluang baik untuk menambah jaringan tetapi terkandas oleh pertahanan Indera FC yang dibarisi oleh Ak Muhd Shahruddin, Aziz Tamit, Muiz dan juga Sallehin yang bertindak cemerlang pada malam itu.
Gara-gara pergerakannya sentiasa diekori dan dirantai, membuatkan pemain import QAF FC, Viban Francis Bayong terpaksa bermain dengan kasar sehingga membuat terjahan dari belakang dengan niat untuk mencederakan Sahrin Momin tetapi pengadil hanya memberikan kad kuning yang sepatutnya ‘merah’.
Percubaan demi percubaan oleh pasukan Indera FC tidak berjaya untuk menembusi gawang gol QAF FC apabila sekali lagi nasib tidak menyebelahi pasukan didikan Haji ZulKifli dan Haji Raman yang terpaksa akur dengan keputusan 0-1 kepada QAF FC. Sekurang-kurangnya pasukan Indera FC dapat membuktikan bahawa persembahan pada malam itu milik mereka cuma tuah masih belum menyebelahi mereka dan ini memberikan ‘amaran’ kepada pasukan-pasukan yang belum bertemu di Liga Perdana Satu DST GROUP yang hanya berbaki beberapa perlawanan. Perlawanan seterusnya Indera FC pada hari Jumaat, 22 Januari digelanggang dan waktu yang sama menentang pasukan yang semakin ‘naik’, AH UNITED.

Laporan oleh anonymousindera