DUA GOL LEWAT INDERA FC KECEWAKAN NBT FC

Indera FC meneruskan lagi rentak kemenangan kedua mereka dengan menewaskan Pasukan NBT FC 2-0 hasil jaringan lewat di babak 10 minit terakhir perlawanan walaupun hanya bermain dengan 10 orang. Indera FC nampak garang di separuh masa pertama dengan berkali-kali mengasak ke kubu Pasukan NBT FC namun cuba demi cubaan masih tidak berhasil untuk menjaringkan gol awal. Mohd Khayrun Salleh penyerang Indera FC yang bergandingan dengan Abdul Al-Wardi (jersi 18) pada malam itu, mencuba penjaga gol NBT FC dengan tandukan yang sedikit tersasar di atas palang gol. Bukan itu saja, percubaan Sairol Sahari yang hanya berdepan dengan penjaga gol ditepi sebelah kiri gawang lawan gagal untuk menjaringkan gol sulung beliau pada malam itu apabila tiang menjadi penghalang. Penjaga gawang NBT Fc haruslah mendapat pujian apabila beliau banyak menyelamatkan gawangnya daripada di bolosi oleh pasukan Indera FC.

Pasukan Indera FC yang turun dengan formasi 3-5-2 itu seolah-olah mahu mencari gol awal dengan meletakan dua gandingan mantap pemain tengah iaitu Awang Azwan Salleh dan Sahrin Momin yang juga merupakan bekas pemain NBT FC sebelum ini. Mohd Helmi Zambin sering mengerunkan lawan dengan larian pantas di sebelah kanan dengan kelincahan beliau yang memperdayakan lawan sehingga pada minit ke 30, beliau telah dikasari dan dijatuhkan di kotak D tetapi pengadil hanya melambai tangan untuk meneruskan perlawanan. Walaubagaimanapun, Indera FC tidak berputus asa dengan memperlihatkan aksi-aksi menarik dalam usaha membolosi gawang. Pemain muda Indera FC, Mohd Ariff juga sering membantu bahagian serangan dengan skill dan sentuhan yang menarik, cuma nasib yang belum menyebelahi.

Pertahanan Indera FC pada malam itu, sememangnya sepatutnya mendapat pujian apabila segala asakan pasukan NBT FC hanya terhenti setakat di Kotak D sahaja apabila pertahanan yang dikemudi oleh Awangku Shahruddin Pg Tajuddin berjaya menghadang penyerang lincah NBT FC yang hanya menggunakan seorang penyerang sahaja dalam bentuk 4-5-1 formasi. Jurulatih Indera FC, Pg Md Serfuddin resah apabila Indera FC menghabiskan separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0 walaupun rata-ratanya Indera FC mengawal permainan.

Separuh masa kedua bermula dengan malang bagi Indera FC apabila ketua pasukan Indera FC yang bermain sungguh baik pada malam itu terpaksa keluar padang lebih awal apabila beliau dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil perlawanan yang mana perlawanan baru saja berlangsung 15 minit. Walaupun bermain 10 orang, Indera FC tidak menampakan kekurangan pasukan itu dari segi serangan dan permainan sehingga Jurulatih Indera FC, Pg Mohd Serfuddin terpaksa mengarahkan Azwan Salleh bermain di posisi pertahanan. Pasukan NBT FC tidak dapat menggunakan kelebihan bermain 11 orang apabila pemain-pemainnya nampak keletihan dan Jurulatih NBT FC, Nordin Tujoh terpaksa seringkali menukar pemain-pemainnya. Abdul Al-Wardi sepatutnya menambah koleksi jaringannya pada malam itu, apabila hantaran lintang Sharin Momin gagal disempurnakan oleh Abdul Wardi apabila gawang sudah terbuka luas. Penyokong-penyokong Indera FC pada malam itu sentiasa memberikan sokongan padu pada Pasukan Indera FC dengan riuh rendah suara mereka dalam usaha untuk memberikan semangat kepada pasukan Indera FC yang masih terkial-kial mencari gol.

Dengan kemasukan Mohd Sallehin (jersi no.8) menggantikan Abdul Al-Wardi pada separuh masa kedua itu, sedikit sebanyak memberikan suntikan semangat kepada pasukan Indera FC apabila beliau nyaris-nyaris menjaringkan gol yang dinanti-nantikan apabila tandukannya terbabas apabila hantaran lintang yang cantik dari Mohd Helmi Zambin disebelah kanan. Mohd Sallehin juga mensia-siakan peluang kedua untuk memberikan Indera FC mendahului NBT FC yang sudah kehilangan stamina apabila tendangannya lemah didakap penjaga gol NBT FC.

Akhirnya Indera FC berjaya jua membolosi gawang NBT FC apabila Indera FC dihadiahkan sepakan penalti di minit ke 80 apabila pemain lincah, Mohd Helmi Zambin dijatuhkan oleh pemain NBT FC di dalam Kotak D, menyebabkan pengadil kali ini tidak teragak-agak memberikan keputusan yang tepat. Dan kali ini, Awzan Salleh diberikan peranan untuk menyempurnakan sepak penalti berkenaan dan belaiu tidak mensia-siakan peluang itu dengan melepaskan sepakan deras menewaskan penjaga gol NBT FC yang jatuh kearah lain. Gol sulung itu membuatkan penyokong-penyokong Indera FC riuh rendah memenuhi Padang Jabatan Belia dan Sukan, Berakas itu. Pasukan NBT Fc cuba mengasak diakhir perlawanan itu untuk mencari gol penyamaan namun pasukan NBT FC terpaksa melupakan hasrat mereka itu apabila sekali lagi gawang mereka dibolosi, kali ini dengan jaringan Mohd Helmi Zambin menerusi tandukan cantik mengegar jaring.

Dengan kemenangan Indera FC pada malam itu, meletakkan Indera FC di tempat ke 6, dengan mengumpul 15 mata dan perlawanan seterusnya Indera FC adalah menentang MS ABDB pada 06 Januari 2010, di penanjong Kem.


Laporan oleh anonymousindera

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL