PASUKAN INDERA SC MENDAHULUI CARTA LIGA SUPER DST 2014

OLEH ABU BAKAR HJ ABD RAHMAN

8 Mei 2014 - Pasukan Indera SC kekal mendahului tangga teratas Liga Super DST 2014 selepas musim kejohanan memasuki pusingan kedua.

Dalam 10 kali bermain, pasukan Indera SC mengumpul 26 mata diikuti tempat kedua oleh pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan mengutip 19 mata dan pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei mengutip 18 mata.

Dengan jurang mata yang terpisah pasukan Indera SC masih mempunyai peluang untuk berada di puncak liga bagi beberapa minggu ke hadapan namun kedudukan kedua dan ketiga masih saja akan silih bertukar ganti.

Namun masih belum bernasib baik bagi Pasukan Jerudong apabila masih lagi menempati di kedudukan yang terbawah liga sekalipun baru bermain sebanyak 8 kali dengan mengutip 4 mata tanpa mencatatkan sebarang kemenangan.

Pada perlawanan terakhirnya, pasukan bimbingan Haji Jaluddin tersebut tumpas kepada pasukan Jerudong FC dengan jaringan 4-3 walaupun mempunyai kesempatan untuk mendahului akibat kurangnya manfaatkan kesempatan terlebih lagi mudah terikut rentak permainan lawan.

Pasukan Kilanas FC memperolehi jaringan menerusi Md. Nor Hidayatullah pada minit ke-11 dan 25, Abang Hariz minit ke-62 dan Wazien Osman minit ke-72, sementara pasukan Jerudong FC memperolehi golnya melalui Md. Asnawi Syazni pada minit ke-15 dan 45 dan Md. Bazli minit ke-43.

Pada perlawanan antara pasukan Najip FC dengan QAF FC berakhir seri 1-1 dan begitu juga keputusan antara pasukan MS ABDB dan Pasukan Wijaya berakhir tanpa sebarang penjaring.

Popular posts from this blog

BAYONG SENDS QAF FC TO SUMMIT

MD AQMAL SEES INDERA SC HOME

LLRC FT WIN 6-SIDED INVITATIONAL