Posts

Showing posts from April, 2018

INDERA SC JUARA PIALA FA DST

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April – Pasukan Indera SC buat pertama kalinya melakarkan sejarah setelah memenangi Piala FA DST selepas jaringan Awang Mohd Zulkhairy Razali dan Awang Mohd Asri Haji Aspar untuk memberikan kemenangan 2-0 ke atas Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) dalam perlawanan akhir yang diadakan di Kompleks Sukan Berakas, kelmarin. Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan beraksi mantap untuk merebut gelaran juara dalam kejohanan itu, namun pada minit ke-37, Awang Mohd Zulkhairy Razali berjaya menjaringkan gol bagi Pasukan Indera SC. Persaingan semakin rancak pada babak akhir separuh masa pertama apabila percubaan daripada Awang Mohd Asri tersasar dan Pasukan MS PDB masih berpeluang untuk memberikan persaingan pada separuh masa kedua. Walau bagaimanapun, Indera SC berjaya menggandakan kedudukan apabila Awang Mohd Asri berjaya melepasi perangkap ofsaid MS PDB dan terus membawa bola sebelum membuat jaringan ke gawang. Juara Piala FA