Posts

Showing posts with the label Mohamad Asyramisyanie

INDERA SC BUKTIKAN KEMAMPUAN

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac – Indera SC (ISC) menjadi pasukan pertama melangkah ke pusingan akhir Piala FA Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam – DST tahun 2017 apabila jaringan Mohd Aminuddin Zakwan Mohd Tahir membawa pasukan itu ke peringkat akhir sekali gus membenam harapan Pasukan Kasuka FC untuk menjulang kejuaraan musim ini di Kompleks Sukan Berakas tempoh hari. Ketika dihubungi mengenai kejayaan Indera SC, timbalan presiden merangkap pengurus Pasukan ISC, Rosdin Haji Abdul Aziz melahirkan rasa bersyukur kerana ISC telah berjaya sebagai pasukan pertama yang layak memasuki peringkat akhir, meskipun laluan ISC agak mudah tetapi hakikatnya tidak kerana pasukan yang dihadapinya memberikan tentangan hebat. Menurutnya, ISC pernah memasuki peringkat akhir Piala FA sebanyak dua kali namun tidak pernah menjuarainya apabila kedua-dua perlawanan tersebut tewas di tangan Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB). “Saya merasakan Pasukan

INDERA SC MARA KE SUKU AKHIR

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Kemenangan 4 – 1 Indera SC ke atas Pasukan IKLS di Kompleks Sukan Berakas baru-baru ini melengkapkan senarai pasukan yang melangkah peringkat suku akhir Piala FA Brunei DST 2017. Pada perlawanan berkenaan menyaksikan empat jaringan Indera SC disempurnakan oleh Mohd Zulkhairy, Awang Nazirruddin dan Mohd Asri manakala jaringan tunggal IKLS FC oleh Mohd Razi. Sementara itu, baru-baru ini Pasukan Kasuka FC menarik nafas lega apabila menjadi pasukan pertama melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Pasukan Wijaya FC dengan jaringan 4-3. Sehubungan dengan kejayaan itu, Pengurus Pasukan Kasuka FC, Haji Adee Suharde Bin Haji Muhidin ketika dihubungi menyatakan rasa syukur kerana Kasuka FC mencapai matlamat untuk menang daripada satu perlawanan ke satu perlawanan dan menegaskan pasukan itu akan berusaha dan membuat yang terbaik untuk memenangi perlawanan seterusnya untuk mara ke perlawanan akhir. Menurutnya setelah berjaya m

INDERA SC BENAM TABUAN MUDA A

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Indera SC telah berjaya merapatkan lagi jurang mata setelah menang menentang pasukan Tabuan Muda A tempoh hari dan kini, pasukan itu berada di tempat ketiga Liga Super Brunei DST 2017 di belakang pasukan Kota Rangers FC yang kini berada di tempat kedua liga dengan perbezaan tiga mata.    Perlawanan di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu menyaksikan Awang Mohd Zulkhairy Razali merebut peluang seawal minit pertama itu dengan jaringan gol pertamanya, sebelum jaringan kedua disempurnakan oleh rakan sepasukannya Awang Mohd Asri Haji Aspar pada minit ke-30 perlawanan.    Awang Mohd Zulkhairy Razali sekali lagi menggegarkan gawang pasukan Tabuan Muda A pada minit ke-48 menjadikan kedudukan 3-0 kepada Indera SC dan sekali gus memastikan tiga mata penuh dihadiahkan kepada pasukannya itu.    Namun begitu, pengadil perlawanan terpaksa berhentikan perlawanan pada minit ke-86 disebabkan keadaan cuaca

JURULATIH : INDERA SASAR TIGA TERBAIK

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Ketua Jurulatih Indera SC, Darus Tanjung belum menutup harapan pasukannya untuk cuba memintas pendahulu Liga Super DST Brunei Darussalam 2017, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), namun tetap berpuas hati jika menamatkan musim di tiga tangga teratas. Indera SC kini dipisahkan 13 mata di belakang pendahulu MS ABDB, yang setakat ini mengumpul 43 mata daripada 17 perlawanan. Sementara Kota Rangers pula di kedudukan kedua, kurang satu mata dengan MS ABDB. Pasukan di tangga keempat, Wijaya FC pula menjadi saingan sengit buat Indera SC kerana mereka berkongsi 30 mata, namun hanya dibezakan dengan jaringan. Mengulas mengenai perlawanan menentang pasukan Kota Rangers FC hujung minggu lalu, Darus Tanjung mengakui perlawanan itu tidak mudah dan bersyukur dengan satu mata yang diraih itu. “Kami mengakui kesukaran yang diberikan oleh Kota Rangers, yang beroleh dua jaringan melalui dua peluang meskipun kami berhempas-pulas di sep

SHAFIE WIRA INDERA BENAM KASUKA

Image
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Nov – Indera SC menarik nafas lega apabila berjaya mencuri satu jaringan untuk memastikan tiga mata penuh ketika menentang Kasuka FC dalam perlawanan Liga Super Brunei DST di Balapan dan Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Jaringan Mohd Shafie Haji Mohd Effendy pada minit ke-30 babak pertama memberikan tekanan kepada Kasuka FC dan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan. Beliau sekali lagi nyaris menjaringkan gol pada minit ke-36 apabila mendapat umpanan daripada rakan sepasukannya, namun cubaan lencongannya hanya melepasi sudut atas palang gol Kasuka, kedudukan kekal 1-0 sehingga rehat separuh masa.. Pada babak kedua, Kasuka tampak lebih tajam apabila mengatur serangan demi serangan ke kubu Indera, namun pujian perlu diberikan kepada barisan pemain Indera SC kerana tenang mengawal perlawanan. Babak kedua kekal tanpa jaringan dan kemenangan menjadi milik Indera SC. Mohd Shafie (kiri) menjadi wira p