MS ABDB JUARA PIALA SUMBANGSIH
MS ABDB menjulang Piala Sumbangsih DST 2014 setelah
menewaskan
Indera SC 2-1 dalam perlawanan di Balapan & Padang, KSNHB
semalam.
|
OLEH HASRULRAIZAN
BANDAR SERI
BEGAWAN, 20 Jan – Piala Sumbangsih DST 2014 menjadi milik juara Piala FA DST
2013, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) setelah berjaya
menundukkan Juara Liga Super DST-NFABD 2013, Indera SC dengan jaringan 2-1
malam tadi.
Ia menjadi
balas dendam MS ABDB ke atas pasukan yang berjaya merebut gelaran Liga Super
DST-NFABD 2013 daripada mereka pada perlawanan terakhir liga tahun lalu selepas
menewaskan mereka 1-0.
Dalam
perlawanan malam tadi di Balapan & Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal
Bolkiah (KSNHB) itu, MS ABDB selesa mendahului 2-0 pada babak pertama melalui
jaringan Soldadu (U) Md Mazazizi Mazlan pada minit ke-5 dan Soldadu Md
Khairuddin Abdul Kadir pada minit ke-25.
MS ABDB
menjulang Piala Sumbangsih DST 2014 setelah menewaskan Indera SC 2-1 dalam
perlawanan di Balapan & Padang, KSNHB semalam.
Namun
minit-minit terakhir menjadi cemas buat MS ABDB apabila Sahrin Momin memberikan
Indera SC harapan untuk sekurang-kurangnya seri dan membawa perlawanan ke masa
tambahan melalui jaringannya pada minit ke-84.
Walau
bagaimanapun, pertahanan MS ABDB bertahan baik untuk mengekalkan kedudukan 2-1
sekali gus membawa pulang Piala Sumbangsih DST 2014. Perlawanan merebut Piala
Sumbangsih menjadi penanda bermulanya Liga Super DST-NFABD 2014 dan Liga
Perdana DST 2014.
Perlawanan
pertama Liga Super DST-NFABD akan berlangsung pada malam 21 Januari ini di
Balapan & Padang, KSNHB di antara QAF FC dengan Jerudong FC, bermula pada
pukul 8:00 malam.
Liga Perdana
DST 2014 pula akan membuka tirainya pada 24 Januari ini dengan dua perlawanan
iaitu antara Setia Perdana dengan Perkasa di Kompleks Sukan Berakas dan antara
Kota Rangers dengan Rimba Star di Padang & Balapan, KSNHB, kedua-duanya
bermula jam 8:00 malam.